Sediakan Cari pada Mac
Anda boleh menyediakan Cari pada Mac anda supaya anda boleh mencarinya dan melindunginya jika ia hilang atau dicuri. Anda juga boleh berkongsi lokasi anda dengan orang lain dan mencari peranti Apple serta item anda.
Nota: Apabila anda menambah Mac anda ke Cari, Kunci Pengaktifan diaktifkan secara automatik.
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi
Aktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk membenarkan Cari bagi menentukan lokasi anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Perkhidmatan Lokasi.
Aktifkan Dayakan Perkhidmatan Lokasi, kemudian nyahaktifkan Cari dalam senarai app.
Nota: Jika anda tidak melihat Cari, pergi ke Perkhidmatan Sistem dalam senarai app, klik Butiran, kemudian aktifkan Cari Mac Saya.
Aktifkan Cari Mac Saya
Aktifkan Cari Mac Saya dalam seting iCloud supaya anda boleh mencari, mengunci atau memadamkan Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Petua: Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda.
Klik iCloud, klik Lihat Semua, kemudian klik Cari Mac Saya.
Jika ikon Cari mempunyai lencana amaran , aktifkan Perkhidmatan Lokasi terlebih dahulu.
Klik Aktifkan, kemudian klik Benarkan apabila diminta untuk membenarkan Cari Mac Saya menggunakan lokasi Mac anda.
Secara pilihan, aktifkan atau nyahaktifkan rangkaian Cari.
Rangkaian Cari ialah rangkaian jutaan peranti Apple tanpa nama disulitkan yang boleh membantu anda mencari peranti anda, walaupun peranti di luar talian.
Klik Selesai.
Nota: Jika anda menyediakan Mac anda dengan berbilang akaun pengguna, Cari Mac Saya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa.
Sediakan Cari pada peranti anda yang lain
Lihat Sediakan Cari pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Petua: Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga dan anda menyediakan perkongsian lokasi dengan ahli keluarga sebelum Mac anda hilang atau dicuri, orang tersebut boleh membantu anda mencarinya.
Anda boleh mengeluarkan peranti anda daripada Cari pada bila-bila masa.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari peranti tidak tersedia di semua negara atau rantau.