Aktifkan Mod Hilang untuk AirTag atau item lain dalam Cari pada Mac
Jika anda tidak boleh mencari AirTag atau item pihak ketiga, anda boleh melindungi data peribadi anda dengan mengaktifkan mod Hilang dalam app Cari pada Mac anda.
Untuk mengaktifkan Mod Hilang, anda mestilah menambah AirTag atau item lain ke Cari sebelum ia hilang. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah AirTag ke Cari untuk menjejak item peribadi.
Bagaimanakah Mod Hilang melindungi item?
Apabila anda mengaktifkan Mod Hilang untuk item, anda boleh mencipta mesej yang mengatakan ia hilang dan cara untuk menghubungi anda. Jika orang lain menemui item anda, mereka boleh menggunakan peranti disokong untuk melihat tapak web dengan mesej.
Aktifkan Mod Hilang
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item yang anda mahu tandakan sebagai hilang, kemudian klik pada peta.
Di bawah Mod Hilang, klik Dayakan.
Ikuti arahan pada skrin.
Klik Aktifkan.
Anda juga boleh mendapatkan makluman apabila item ditemui.
Tukar nombor telefon dalam mesej Mod Hilang
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item yang anda tandakan sebagai hilang, kemudian klik pada peta.
Di bawah Mod Hilang, klik Didayakan.
Edit nombor telefon, kemudian klik Selesai.
Jika anda menemui item anda yang hilang, anda boleh menyahaktifkan Mod Hilang.
Nota: Mencari item tidak tersedia di semua negara atau rantau.