Setkan isyarat pemisahan dalam Cari pada Mac sekiranya anda tertinggal item
Dalam app Cari pada Mac, anda boleh mengaktifkan isyarat terpisah untuk AirTag atau item pihak ketiga supaya anda tidak tertinggal peranti secara tidak sengaja. Anda juga boleh menambah dan mengeluarkan lokasi dipercayai.
Penting: Walaupun anda boleh mengurus isyarat pemisahan pada Mac, anda hanya menerima isyarat pada peranti yang berkongsi lokasi anda. Lihat “Setkan isyarat terpisah sekiranya anda tertinggal AirTag atau item lain” dalam panduan pengguna untuk iPhone atau iPad atau Cari Airtag atau item lain dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Aktifkan atau nyahaktifkan isyarat pemisahan
Apabila anda mengaktifkan isyarat pengasingan untuk item, anda menerima isyarat setiap kali item terpisah daripada peranti yang berkongsi lokasi anda.
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item, kemudian klik pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Di bahagian atas, aktifkan atau nyahaktifkan Maklumkan Apabila Tertinggal, kemudian klik Selesai.
Tambah lokasi dipercayai
Lokasi dipercayai ialah lokasi yang anda boleh meninggalkan item anda tanpa menerima isyarat.
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item, kemudian klik pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Klik Lokasi Baharu.
Petua: Lokasi dipercayai sebelum ini kelihatan dalam senarai Cadangan supaya anda boleh menambahnya semula dengan cepat.
Dalam medan carian, masukkan lokasi dan tekan Return, atau pilih lokasi yang dicadangkan.
Untuk mengubah saiz jejari lokasi, klik Kecil, Sederhana atau Besar.
Klik Selesai, kemudian pilih sama ada ini ialah lokasi dipercayai untuk item ini sahaja atau untuk semua peranti dan item anda.
Klik Selesai lagi.
Keluarkan lokasi dipercayai
Pergi ke app Cari pada Mac anda.
Klik Item, pilih item, kemudian klik pada peta.
Di bawah Pemberitahuan, klik Maklumkan Apabila Tertinggal.
Di sebelah lokasi yang anda mahu keluarkan, klik .
Klik Keluarkan, kemudian klik Selesai.
Nota: Perkongsian lokasi dan mencari item tidak tersedia di semua negara atau rantau.