Gunakan kamera pandang depan dalam Final Cut Camera

Anda boleh bertukar kepada kamera hadapan untuk merakam swafoto dalam Final Cut Camera. Sesetengah ciri tersedia dengan kamera belakang sahaja.
Tukar antara kamera pandang belakang dan depan
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone atau iPad anda.Dalam skrin kamera, ketik
.
Nota: Apabila anda merakam Apple ProRes RAW dengan kamera pandang depan, kadar bingkai maksimum ialah 60 bps.
Mengesetkan orientasi rakaman kamera pandang depan
Dengan kamera depan Center Stage pada iPhone 17 dan iPhone Air, anda boleh mengesetkan orientasi rakaman kepada menegak atau mendatar, tanpa mengira cara anda memegang iPhone anda.
Pergi ke app Final Cut Camera
pada iPhone anda.Dalam skrin kamera, ketik
untuk bertukar kepada kamera pandang depan.Ketik kanta Lebar Ultra untuk memilihnya.
Ketik
di sebelah kanan butang kanta untuk bertukar antara orientasi rakaman menegak dan mendatar.
Petua: Semasa merakam dengan kamera pandang depan, anda boleh mengawal sama ada imej yang dirakam sepadan dengan imej yang anda lihat dalam pemidang tilik atau diterbalikkan secara mendatar. Untuk menjadikan imej yang dirakam sepadan dengan imej pemidang tilik, ketik
dalam skrin kamera, kemudian aktifkan Cerminkan Kamera Depan.