![](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/da344696d20a7c23624795e7c31e1053.png)
![MacBook Pro dengan panggilan kumpulan FaceTime dalam sesi. Di belakang, PC dengan FaceTime pada panggilan kumpulan web dalam sesi.](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/57b1daaf8b9513814b769effd79c94f6.png)
Jadikan semua orang sebahagian daripada perbualan
Tidak kira lokasi anda berada, di rumah atau berjauhan, gunakan FaceTime untuk bercakap dengan seorang atau seluruh kumpulan, tanpa mengira peranti mereka.
![Pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin Mac, menunjukkan panggilan telefon sedang dijalankan.](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/3caf7e5cc261f88870594f592e955bf2.png)
Buat panggilan menggunakan Mac anda
Jika anda mempunyai iPhone, anda juga boleh membuat panggilan telefon terus daripada Mac anda menggunakan pelbagai app, seperti Safari atau Kalendar.
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan kumpulan. Orang yang memulakan panggilan ditunjukkan dalam jubin di penjuru kanan bawah. Jubin besar di tengah tingkap menunjukkan peserta, dengan butang Live Photo di bahagian tengah jubin yang pemanggil boleh klik untuk menangkap detik tersebut.](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/8ef5877e92d0a6b16cddaf4b8a4f41ce.png)
Simpan detik istimewa itu
Semasa dalam panggilan video berkumpulan atau satu dengan satu, ambil Live Photo untuk merakam detik daripada panggilan.
![Tetingkap FaceTime dalam panggilan kumpulan dengan individu ditunjukkan dalam grid.](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/f3f1b0141be80ec0ea939d8c97ce77ac.png)
Lihat orang yang bercakap
Paparan Grid menunjukkan semua orang pada panggilan FaceTime anda dalam jubin yang sama saiz, dengan penutur diserlahkan secara automatik, supaya anda boleh melihat penutur dengan mudah.
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan video dengan lagu dimainkan menggunakan SharePlay.](https://help.apple.com/assets/63BDE88C66B79C55921D9422/63BDE88D66B79C55921D942C/ms_MY/849dcdb6845ae1b24bcab1912636dde2.png)
Tonton dan dengar bersama dengan SharePlay
Strim filem, rancangan TV dan muzik selaras dengan semua orang semasa dalam panggilan.
Untuk meneroka Panduan Pengguna FaceTime, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.