![](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/da344696d20a7c23624795e7c31e1053.png)
![Tetingkap FaceTime dalam panggilan kumpulan dengan individu ditunjukkan dalam grid.](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/b8835faa539e12a5b0179838069801b1.png)
Bermula dengan FaceTime
Ketahui cara membuat panggilan video yang anda rasakan seperti bertemu secara bersemuka, mulakan panggilan audio FaceTime terus daripada Mac anda, atau sertakan berbilang orang dengan panggilan FaceTime Kumpulan.
![Tetingkap FaceTime menunjukkan tiga orang dengan latar belakang beranimasi. Orang di bahagian tengah sedang membuat gerak isyarat ibu jari atas dengan kedua-dua tangan.](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/33bdaf08cef95c1c6228abb426015f47.png)
Balas dengan reaksi
Semasa panggilan video, maklumkan orang lain tentang perasaan anda dengan animasi 3D yang kelihatan atas skrin, seperti hati, konfeti, laser atau hujan. Anda juga boleh menggunakan gerak isyarat untuk menambah reaksi.
![Skrin yang dikongsi semasa panggilan video FaceTime. Tetingkap di sebelah kiri menunjukkan pembentang dan pembentangan Keynote dalam Tindihan Pembentang yang besar. Tetingkap di sebelah kanan menunjukkan tiga peserta.](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/9c4924580d2f136c3bbf4e99e470637e.png)
Jadikan diri anda boleh dilihat semasa berkongsi skrin anda
Gunakan Tindihan Pembentang untuk meletakkan diri anda di atas kandungan yang anda bentangkan dalam panggilan video anda yang seterusnya. Gunakan tindihan besar untuk membingkaikan kandungan anda di sebelah anda, atau hanya tunjukkan muka anda dengan meletakkan gelembung kecil di mana-mana dalam pembentangan.
![MacBook Pro dengan panggilan kumpulan FaceTime dalam sesi. Di belakang, PC dengan FaceTime pada panggilan kumpulan web dalam sesi.](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/dac8bafa9b7c4beefd26da19e3c2eb92.png)
Jadikan semua orang sebahagian daripada perbualan
Jemput sesiapa untuk menyertai panggilan FaceTime anda, walaupun jika mereka menggunakan peranti Android atau Windows.
Gunakan pautan untuk menjemput orang ke panggilan FaceTime pada Mac
![Tetingkap FaceTime menunjukkan panggilan video. Orang yang memulakan panggilan ditunjukkan dalam jubin di penjuru kanan bawah. Jubin besar menunjukkan dua peserta, bersama dengan butang Live Photo di penjuru kanan atas jubin yang pemanggil boleh klik untuk menangkap detik tersebut.](https://help.apple.com/assets/654D618E04FD9C93A6075DE3/654D618FE31693F4DF01D552/ms_MY/f88618a76a6fbd836dd661710a3670a4.png)
Tangkap detik istimewa itu
Ambil Live Photo peserta lain semasa panggilan video dan simpannya ke iPhone secara automatik.
Untuk meneroka Panduan Pengguna FaceTime, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.