Tetingkap FaceTime semasa panggilan video. Seorang peserta kelihatan dalam jubin di penjuru kanan atas dan pserta lain berada dalam bahagian utama tetingkap.

Bermula dengan FaceTime

Ketahui cara membuat panggilan video yang anda rasakan seperti bertemu secara bersemuka, mulakan panggilan audio FaceTime terus daripada Mac anda, atau sertakan berbilang orang dengan panggilan FaceTime Kumpulan.

Cara bermula dengan FaceTime

Tetingkap FaceTime menunjukkan peserta. Di sepanjang bahagian bawah tetingkap ialah butang kesan video: Bingkai Dipusatkan, Potret, Cahaya, Reaksi dan Latar Belakang.

Gunakan kesan video terbina dalam

Gunakan Bingkai Dipusatkan untuk kekal dalam bingkai semasa anda bergerak, mod Potret untuk mengaburkan latar belakang anda atau Cahaya Studio untuk menerangi muka anda. Anda juga boleh mengaktifkan Reaksi untuk menambah kesan dengan gerak isyarat tangan atau memilih latar belakang maya.

Cara menggunakan kesan video dalam FaceTime

Tetingkap FaceTime menunjukkan sejarah panggilan. Menu penapisan panggilan dibuka di bahagian tengah atas.

Pilih cara mengendalikan panggilan daripada nombor tidak diketahui

Tapis nombor tidak diketahui, panggilan spam atau kedua-duanya secara automatik untuk membuatkan panggilan ini disenyapkan dan disenaraikan secara berasingan dalam sejarah panggilan anda.

Cara menapis panggilan dalam FaceTime

Desktop menunjukkan dua peserta mendengar lagu menggunakan SharePlay semasa panggilan FaceTime.

Tonton atau dengar bersama-sama menggunakan SharePlay

Gunakan SharePlay semasa panggilan FaceTime untuk menonton rancangan TV, filem dan sukan langsung atau mendengar muzik bersama-sama.

Cara menggunakan SharePlay dalam FaceTime

Untuk meneroka Panduan Pengguna FaceTime, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

FaceTime tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.