Pilih pilihan panggilan semasa menggunakan FaceTime di web
Anda boleh menyertai panggilan FaceTime di web menggunakan peranti yang memenuhi keperluan ini. Semasa dalam panggilan, anda boleh menukar paparan anda, memilih pilihan audio dan video, serta berkongsi pautan dengan orang lain.
Semasa panggilan FaceTime di web, lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat panggilan video dalam skrin penuh: Klik atau ketik butang Togol Skrin Penuh .
Kembali ke saiz tetingkap standard (daripada skrin penuh atau terpisah): Klik atau ketik butang Togol Skrin Penuh , atau tekan kekunci Esc.
Tukar ke panggilan audio: Klik atau ketik butang Senyapkan Video . Untuk mengaktifkan semula kamera, klik atau ketik butang lagi.
Senyapkan panggilan: Klik atau ketik butang Senyapkan . Anda masih boleh mendengar orang lain dalam panggilan, tetapi mereka tidak boleh mendengar anda.
Untuk nyahsenyapkan diri anda, klik atau ketik butang Senyap lagi.
Susun tiga atau lebih ramai peserta dalam grid: Klik atau ketik Grid di sebelah kanan atas tetingkap.
Kongsi pautan dengan orang lain: Klik atau ketik butang Lagi , pilih Salin Pautan atau Kongsi Pautan, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi pautan.
Tukar kamera atau mikrofon anda: Klik atau ketik butang Lagi , kemudian pilih Kamera dan Mikrofon yang anda mahu gunakan untuk panggilan.
Petua: Pada sesetengah peranti, anda mungkin boleh menggunakan kamera menghadap depan—klik atau ketik butang Tukar Kamera .