Sediakan dan gunakan panggilan RTT dalam FaceTime pada Mac
Jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur, atau mahu memanggil orang yang mempunyai kesukaran tersebut, anda boleh menggunakan Teks Masa Nyata (RTT) untuk panggilan telefon anda, jika pembawa anda menyokongnya. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul pada Mac anda dan anda boleh menjawab panggilan sebagai panggilan RTT.
Panggilan RTT yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—caj selular mungkin dikenakan. Mac, iPhone atau iPad anda mesti memenuhi keperluan ini.
Sediakan panggilan telefon RTT
Pada iPhone anda, pergi ke Seting > Kebolehcapaian.
Ketik RTT/TTY. (Bergantung pada pembawa, anda mungkin melihat RTT atau TTY.)
Aktifkan RTT/TTY Perisian.
Apabila RTT aktif, butang RTT kelihatan dalam bar status. Anda boleh memilih pilihan tambahan untuk panggilan RTT pada iPhone anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik RTT di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan RTT.
Nota: Jika anda tidak melihat RTT, semak sama ada anda telah menyelesaikan semua langkah untuk menyediakannya. Jika anda masih tidak melihat RTT, ia mungkin tidak disokong pada Mac anda.
Pilih pilihan tambahan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik di penjuru kanan bawah.
Apabila RTT disediakan pada Mac anda, butang RTT kelihatan—contohnya, dalam kad dalam app Kenalan atau dalam FaceTime—untuk menunjukkan yang anda boleh membuat atau menerima panggilan RTT.
Buat panggilan RTT daripada FaceTime pada Mac anda
Untuk membuat panggilan RTT, anda perlu mendaftar masuk ke FaceTime, menyediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon dan mengaktifkan panggilan telefon RTT.
Penting: Semasa membuat panggilan kecemasan di A.S. pada Mac anda, aksara khas atau nada dihantar untuk memberitahu operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas kepada nada ini boleh berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak menjamin yang operator akan dapat menerima atau membalas panggilan RTT.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Klik FaceTime Baharu.
Masukkan nombor telefon dalam dialog, kemudian tekan Return.
Petua: Jika orang tersebut disimpan dalam senarai kenalan anda dengan nombor telefon, anda boleh terus memasukkan nama orang tersebut, atau pilihnya daripada Dicadangkan.
Klik bersebelahan , kemudian pilih Panggilan RTT atau Panggilan Geganti RTT.
Pilih Panggilan Geganti RTT apabila anda perlu memanggil seseorang yang mungkin tidak mempunyai keupayaan RTT—pilihan ini menyambungkan panggilan ke orang yang boleh membantu anda. Lihat Tukar seting RTT untuk kebolehcapaian bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang nombor geganti RTT.
Nota: Jika anda kepada panggilan dengan orang tertentu sahaja, kelihatan bersebelahan orang yang anda tidak boleh panggil.
Selepas orang yang dipanggil menerima panggilan, klik RTT, kemudian mula menaip.
Jika anda memilih Hantar Serta-Merta dalam seting RTT untuk Kebolehcapaian, penerima melihat setiap aksara semasa anda menaip. Jika tidak, tekan Return untuk menghantar mesej.
Jawab panggilan RTT pada Mac anda
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut:
Terima panggilan RTT: Klik , kemudian klik . (RTT tersedia walaupun anda belum menyediakannya.)
Tolak panggilan: Klik .
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan , pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan , kemudian pilih tempoh masa anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Anda tidak boleh menerima panggilan daripada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin, tetapi panggilan kelihatan sebagai panggilan tak dijawab dalam tetingkap FaceTime atau dalam Pusat Pemberitahuan.