Buat dan terima panggilan telefon RTT dalam FaceTime pada Mac
Jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur, atau mahu memanggil orang yang mempunyai kesukaran tersebut, anda boleh menggunakan Teks Masa Nyata (RTT) untuk panggilan telefon anda, jika pembawa anda menyokongnya. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul pada Mac anda dan anda boleh menjawab panggilan sebagai panggilan RTT.
Panggilan RTT yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—caj selular mungkin dikenakan.
Nota: Untuk membuat atau menerima panggilan RTT, anda mesti menggunakan macOS Mojave 10.14.2 atau lebih baru dengan Panggilan Wi-Fi menerusi iPhone dengan iOS 12.1.1 atau lebih baru. Ciri ini tidak tersedia di semua negara atau rantau atau disokong oleh semua pembawa. Bergantung pada persekitaran rangkaian anda, panggilan RTT mungkin diturun taraf ke panggilan TTY.
Buat panggilan RTT daripada FaceTime pada Mac anda
Penting: Semasa membuat panggilan kecemasan di A.S. pada Mac anda, aksara khas atau nada dihantar untuk memberitahu operator. Keupayaan operator untuk menerima atau membalas kepada nada ini boleh berbeza bergantung pada lokasi anda. Apple tidak menjamin yang operator akan dapat menerima atau membalas panggilan RTT.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, daftar masuk dan aktifkan FaceTime.
Sediakan iPhone dan Mac anda untuk panggilan telefon dan dayakan RTT, jika anda belum berbuat demikian.
Dalam medan di bahagian atas tetingkap FaceTime, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang anda mahu panggil. Anda mungkin perlu menekan Return.
Jika anda mempunyai kad untuk orang dalam app Kenalan, anda boleh memasukkan sahaja namanya.
Jika anda dihadkan kepada panggilan dengan orang tertentu sahaja, ikon jam pasir muncul di sebelah orang yang anda tidak boleh panggil.
Klik bersebelahan orang yang anda mahu panggil, kemudian pilih Panggilan RTT atau Panggilan Geganti RTT.
Pilih Panggilan Geganti RTT apabila anda perlu memanggil seseorang yang mungkin tidak mempunyai keupayaan RTT—ini menyambungkan panggilan ke orang yang boleh membantu anda. Lihat Tukar keutamaan Kebolehcapaian RTT untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang nombor geganti RTT.
Selepas orang yang dipanggil menerima panggilan, klik RTT, kemudian mula menaip.
Jika anda memilih Hantar Serta-Merta dalam keutamaan RTT Kebolehcapaian, penerima melihat setiap aksara semasa anda menaip. Jika tidak, tekan Return untuk menghantar mesej.
Jawab panggilan RTT pada Mac anda
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut:
Terima panggilan masuk: Klik Terima, kemudian klik RTT. (RTT tersedia walaupun jika anda belum mendayakannya.)
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih berapa lama anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakannya untuk menerima atau menolak panggilan, menolak dan menghantar mesej, atau menolak dan setkan peringatan.
Anda tidak boleh menerima panggilan daripada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin, tetapi ia muncul sebagai panggilan tak dijawab dalam tetingkap FaceTime atau dalam Pusat Pemberitahuan.