Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Padamkan sejarah panggilan anda dalam FaceTime pada Mac
Dalam sejarah panggilan FaceTime, anda boleh memadamkan panggilan khusus yang kelihatan, atau mengeluarkan semua panggilan daripada senarai.
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Keluarkan panggilan tertentu: Control-klik panggilan, kemudian pilih Keluarkan daripada Terbaharu.
Keluarkan semua panggilan terbaharu: Pilih FaceTime > Keluarkan Semua Terbaharu.