Uruskan panggilan dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon dalam FaceTime, anda boleh mengurus panggilan dengan pelbagai cara, seperti memindahkan panggilan ke iPhone anda atau menggunakan panggilan menunggu. Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Semasa anda dalam panggilan telefon dalam app FaceTime pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar ke panggilan video FaceTime: Klik dalam tetingkap panggilan.
Tukar ke panggilan RTT: Klik dalam tetingkap panggilan.
Nota: Apabila anda menukar panggilan telefon ke panggilan RTT, mikrofon kekal aktif—klik untuk menyahaktifkan audio bagi panggilan. Lihat Sediakan dan gunakan panggilan RTT.
Gunakan panggilan menunggu: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baharu muncul, klik Tahan & Terima. Klik untuk bertukar antara panggilan.
Tambah pemanggil masuk ke panggilan semasa: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baharu muncul, klik Tahan & Terima, tunggu panggilan masuk untuk bersambung, kemudian klik Gabung.
Pindah panggilan ke iPhone anda: Apabila Mac anda berdekatan iPhone anda, leret ke atas dari bahagian bawah ke bahagian tengah skrin iPhone anda dan tahan sehingga anda melihat Penukar App. Ketik sepanduk app Telefon di bahagian bawah skrin.
Bergantung pada cara anda menyediakan Panggilan Wi-Fi, bar hijau yang menyatakan “Sentuh untuk kembali ke panggilan” mungkin kelihatan di bahagian atas skrin pada iPhone anda apabila anda membuka kuncinya. Lihat artikel Sokongan Apple Ciri dan keperluan Kesinambungan pada peranti Apple.
Kawal kelantangan dan pilihan audio lain: Lihat Tukar pilihan audio untuk panggilan FaceTime.