Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tukar atau nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada FaceTime pada Mac
Anda boleh mengawal jenis pemberitahuan yang anda terima untuk panggilan FaceTime atau menyahaktifkan terus pemberitahuan FaceTime.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik FaceTime di sebelah kanan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mengetahui tentang pilihan, klik di bahagian bawah tetingkap.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada FaceTime: Nyahaktifkan “Benarkan pemberitahuan”.
Nota: Untuk membenarkan pemberitahuan daripada FaceTime apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan untuk kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.