Pilih cara orang memanggil anda dalam FaceTime
Apabila anda mengaitkan alamat e-mel dan nombor telefon dengan Apple ID, anda boleh menentukan mana anda mahu orang gunakan untuk menghubungi anda dalam FaceTime. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Kaitkan alamat e-mel dengan Apple ID anda: Pergi ke tapak web akaun Apple ID, daftar masuk, klik Edit (bersebelahan Akaun), kemudian klik Tambah Lagi.
Kaitkan nombor telefon dengan Apple ID anda: Pada iPhone anda, daftar masuk menggunakan Apple ID anda dalam seting FaceTime.
Pilih cara anda boleh dicapai: Pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian, di bawah “Anda boleh dicapai untuk FaceTime di,” tandakan kotak semak besebelahan setiap alamat dan nombor telefon yang anda mahu dicapai.