Ambil Live Photo
Semasa anda dalam panggilan video FaceTime, anda boleh mengambil Live Photo untuk merakam detik daripada panggilan. Anda berdua menerima pemberitahuan yang foto telah diambil dan Live Photo terus masuk ke pustaka Foto anda. Orang lain dalam panggilan mungkin perlu mengesetkan keutamaan FaceTime untuk membenarkan Live Photo sebelum anda boleh mengambil Live Photo.
Nota: Untuk mengambil Live Photo, anda dan orang lain pada panggilan mesti menggunakan versi terkini macOS 10.13.6 atau macOS Mojave 10.14.4, atau iOS 12.1.4. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang versi terkini macOS, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini keselamatan Apple. Mengambil Live Photo dalam FaceTime tidak tersedia dalam semua rantau.
Sediakan FaceTime: Pilih FaceTime > Keutamaan, kemudian pilih kotak semak bersebelahan "Benarkan Live Photo diambil semasa panggilan Video".
Sediakan Foto: Buka app Foto jika anda belum pernah membukanya.
Nota: App Foto tidak perlu terbuka semasa anda mengambil Live Photo; ia cuma perlu dibuka sekurang-kurangnya sekali dan mempunyai pustaka lalai.
Ambil Live Photo: Semasa panggilan video, apabila anda mahu mengambil Live Photo, klik butang Live Photo (atau gunakan Touch Bar).
Pemberitahuan memberitahu anda bahawa foto tersedia dalam app Foto.