Sekat pemanggil
Jika anda tidak mahu menerima panggilan audio dan video FaceTime atau panggilan telefon pada Mac anda daripada orang tertentu, anda boleh menyekat mereka. Kemudian, jika mereka menelefon, anda tidak diberitahu dan panggilan tidak dijawab. Anda boleh memanggil pemanggil yang anda telah sekat tanpa menyahsekat mereka.
Penting: Jika anda menyekat pemanggil pada Mac anda, pemanggil disekat pada semua peranti anda yang menggunakan satu Apple ID. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad, iPod touch dan Apple Watch anda.
Sekat pemanggil: Pilih FaceTime > Keutamaan, klik Disekat, klik butang Tambah , kemudian pilih nama dalam senarai kenalan.
Petua: Anda juga boleh menggunakan senarai panggilan untuk menyekat pemanggil. Control-klik kenalan dalam senarai, kemudian klik “Sekat Pemanggil ini.”
Nyahsekat pemanggil: Pilih FaceTime > Keutamaan, klik Disekat, pilih nama, kemudian klik butang Keluarkan .
Nota: Untuk menyekat semua panggilan FaceTime atau telefon, nyahaktifkan FaceTime atau daftar keluar daripada FaceTime pada setiap peranti. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Daftar masuk atau keluar dari FaceTime.