Keutamaan FaceTime
Untuk melihat keutamaan FaceTime, buka FaceTime, daftar masuk dengan Apple ID anda, kemudian pilih FaceTime > Keutamaan. Anda boleh setkan pilihan berikut dalam Seting dan Disekat.
Daftar Keluar | Berhenti menerima panggilan audio dan video FaceTime dan panggilan telefon pada Mac anda. Anda perlu mendaftar masuk lagi untuk menggunakan FaceTime. Lihat Daftar masuk atau keluar dari FaceTime. | ||||||||||
Dayakan akaun ini | Nyahpilih untuk berhenti menerima panggilan FaceTime atau panggilan telefon pada Mac anda. Anda boleh dayakan semula akaun berkenaan tanpa mendaftar masuk sekali lagi. Lihat Daftar masuk atau keluar dari FaceTime. | ||||||||||
Anda boleh dicapai untuk FaceTime di | Tandakan kotak semak bersebelahan alamat e-mel dan nombor telefon yang orang lain boleh gunakan untuk memanggil anda dalam FaceTime. Anda boleh mengemas kini senarai ini di tapak web akaun Apple ID. Lihat Pilih cara orang memanggil anda dalam FaceTime. | ||||||||||
Panggilan dari iPhone | Benarkan Mac anda menggunakan iPhone anda untuk membuat dan menerima panggilan telefon. Panggilan ini menggunakan minit selular. Lihat Buat dan terima panggilan telefon pada Mac anda. | ||||||||||
Mulakan panggilan baru dari | Jika anda mempunyai lebih dari satu alamat e-mel atau nombor telefon yang tersedia, pilih yang mana orang lain lihat apabila anda memanggil mereka. | ||||||||||
Benarkan Live Photo diambil semasa panggilan Video | Benarkan rakan untuk mengambil Live Photo daripada Mac anda atau kamera peranti iOS semasa panggilan video FaceTime. Lihat Ambil Live Photo. | ||||||||||
Nada Dering | Pilih bunyi yang dimainkan apabila anda menerima panggilan. Lihat Set nada dering. | ||||||||||
Lokasi | Tukar rantau tempat akaun FaceTime anda didaftarkan untuk memastikan panggilan anda menggunakan format nombor telefon yang betul. | ||||||||||
Lalai untuk panggilan | Pilih app lalai untuk mula memanggil daripada. Ini juga termasuk panggilan bermula daripada URL dalam format telefon. | ||||||||||
Disekat | Semak alamat atau nombor telefon pemanggil yang disekat. Lihat Sekat pemanggil untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk menambah atau mengeluarkan pemanggil. |