Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilih cara orang boleh memanggil anda dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda mengaitkan alamat e-mel dan nombor telefon dengan Apple ID, anda boleh menentukan cara anda mahu orang gunakan untuk menghubungi anda dalam FaceTime. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Kesinambungan untuk menyambungkan Mac, iPhone, iPad dan Apple Watch anda.
Pergi ke tapak web akaun Apple ID, kemudian daftar masuk.
Klik Maklumat Peribadi di sebelah kiri, kemudian klik E-mel dan Nombor Telefon.
Klik , masukkan alamat e-mel atau nombor telefon, kemudian klik Teruskan.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, pilih FaceTime > Seting, kemudian klik Umum.
Di bawah “Anda boleh dihubungi untuk FaceTime di”, tandakan kotak semak bersebelahan setiap alamat dan nombor telefon yang anda mahu sediakan untuk panggilan FaceTime.