Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
    
Pilih cara orang boleh memanggil anda dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda mengaitkan alamat e-mel dan nombor telefon dengan Akaun Apple, anda boleh menentukan cara anda mahu orang gunakan untuk menghubungi anda dalam FaceTime. Lihat artikel Sokongan Apple Ciri dan keperluan Kesinambungan untuk peranti Apple.
- Pergi ke tapak web Akaun Apple, kemudian daftar masuk. 
- Klik Maklumat Peribadi di sebelah kiri, kemudian klik E-mel dan Nombor Telefon. 
- Klik  , masukkan alamat e-mel atau nombor telefon, kemudian klik Teruskan. , masukkan alamat e-mel atau nombor telefon, kemudian klik Teruskan.
- Pergi ke app FaceTime  pada Mac anda, pilih FaceTime > Seting, kemudian klik Umum. pada Mac anda, pilih FaceTime > Seting, kemudian klik Umum.
- Di bawah “Anda boleh dihubungi untuk FaceTime di”, tandakan kotak semak bersebelahan setiap alamat dan nombor telefon yang anda mahu sediakan untuk panggilan FaceTime.