
Tambah orang ke panggilan FaceTime pada Mac
Anda boleh menambahkan orang ke panggilan FaceTime jika mereka menggunakan peranti Apple yang memenuhi keperluan panggilan audio dan video FaceTime Kumpulan. Untuk menjemput seseorang yang menggunakan peranti Android atau Windows, kongsi pautan FaceTime; mereka boleh menyertai panggilan di web.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Semasa dalam panggilan video FaceTime atau panggilan FaceTime Kumpulan: Di bahagian atas tetingkap, klik maklumat panggilan (sama ada bilangan orang dalam panggilan atau maklumat hubungan), kemudian klik Tambah Orang.
Semasa dalam panggilan audio FaceTime: Klik
, kemudian klik Tambah Orang.
Masukkan nombor telefon, alamat e-mel, atau nama daripada senarai kenalan anda, kemudian tekan Return. Anda juga boleh mengklik
untuk memilih daripada senarai kenalan anda atau mengklik kenalan dicadangkan.
Klik Tambah Orang.
Petua: Untuk menghantar isyarat kepada orang yang belum menyertai panggilan lagi, klik maklumat panggilan (sama ada bilangan orang dalam panggilan atau maklumat hubungan) di bahagian atas tetingkap, kemudian klik Panggil di sebelah maklumat hubungan orang tersebut.