
Seting muat beban MDM Pembatalan Sijil untuk peranti Apple
Anda boleh mengkonfigurasikan seting Pembatalan Sijil untuk pengguna iPhone, iPad, iPad Dikongsi atau Apple Vision Pro yang didaftarkan dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM). Gunakan muat beban Pembatalan Sijil untuk membatalkan sijil pada peranti.
Muat beban Pembatalan Sijil menyokong yang berikut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Maklumat muat beban.
Pengecam muat beban disokong: com.apple.security.certificaterevocation
Sistem dan saluran pengendalian disokong: iOS, iPadOS, visionOS 1.1.
Kaedah pendaftaran disokong: Pendaftaran Peranti.
Duplikasi dibenarkan: Benar—lebih daripada satu muat beban Pembatalan Sijil boleh dihantar kepada peranti.
Anda boleh menggunakan seting dalam jadual di bawah dengan muat beban Pembatalan Sijil.
Seting | Perihalan | Diperlukan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sijil | Senarai sijil untuk pembatalan. Menentukan autoriti sijil (CA) mendayakan semakan pembatalan untuk semua sijil yang berantai kepada CA tersebut. | Ya |
Nota: Setiap vendor MDM melaksanakan seting ini secara berbeza. Untuk mengetahui cara pelbagai seting Pembatalan Sijil digunakan pada peranti anda, rujuk dokumentasi vendor MDM anda.