Memasang dan menguatkuasakan kemas kini perisian untuk peranti Apple
Menggunakan pengurusan peranti pengisytiharan, organisasi boleh mengkonfigurasikan aspek proses kemas kini perisian yang berbeza. Ini termasuk mengurus ketersediaan kemas kini perisian, menguatkuasakan kemas kini perisian, mendaftarkan peranti ke dalam program beta dan banyak lagi.
Memerlukan versi minimum semasa pendaftaran
Bermula pada iOS 17, iPadOS 17 dan macOS 14, penyelesaian MDM boleh menguatkuasakan versi sistem pengendalian minimum semasa Pendaftaran Peranti Diautomasikan. Jika peranti tidak memenuhi jangkaan minimum versi oleh penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM), pengguna dibantu menerusi kemas kini sebelum mereka boleh menyelesaikan Pembantu Persediaan. Proses yang sama berlaku secara automatik apabila digunakan dengan Maju Auto. Ini membantu memastikan yang peranti dimiliki oleh organisasi berada dalam versi sistem pengendalian yang diperlukan sebelum berada dalam pengeluaran.
Mengurus ketersediaan kemas kini perisian
Organisasi mungkin mahu mengawal versi yang pengguna mereka boleh mengemas kini peranti mereka. Sebagai contoh, kawalan ini boleh digunakan untuk melaksanakan pengesahan kemas kini dengan kumpulan pengujian sebelum membenarkan semua pengguna untuk memasangnya dalam pengeluaran, atau mengerahkan penangguhan yang berbeza kepada kumpulan yang berbeza untuk pengeluaran kemas kini terkini secara berperingkat.
Penangguhan berdasarkan masa
Peranti diselia boleh dihalang daripada menawarkan kemas kini perisian OTA kepada pengguna sehingga tempoh masa yang ditentukan berlalu sehingga ia tersedia oleh Apple secara awam. Sebagai contoh, jika barisan iPhone menggunakan iOS 17.3 dan konfigurasi kemas kini perisian yang ditangguhkan 30 hari digunakan. Dalam senario ini, pengguna ditawarkan iOS 17.4 pada peranti terurus mereka 30 hari selepas tarikh keluaran iOS 17.4.
Sebagai sebahagian daripada konfigurasi, organisasi boleh menentukan tempoh penangguhan tersuai daripada 1 hingga 90 hari. Dalam iOS dan iPadOS, tundaan ini digunakan pada kemas kini dan naik taraf sistem pengendalian. Dalam macOS, tarikh penangguhan yang berbeza juga boleh ditentukan untuk kemas kini sistem pengendalian, naik taraf dan kemas kini sistem bukan pengendalian. Kemas kini sistem bukan pengendalian termasuklah kemas kini untuk Safari, pemacu pencetak dan alat perintah baris Xcode. Sebagai contoh, penangguhan tersuai boleh digunakan pada macOS bagi menangguhkan naik taraf perisian untuk lebih lama daripada kemas kini perisian.
Nota: Kemas kini perisian OTA biasanya tersedia sehingga 180 hari selepas tarikh keluaran awalnya untuk memastikan bahawa kemas kini dan naik taraf sentiasa tersedia bagi peranti terurus dengan nilai penangguhan maksimum.
Profil konfigurasi boleh dicipta untuk setiap seting muat beban pengehadan yang disenaraikan di sini.
Sistem pengendalian disokong minimum | Kunci dan nilai (jika ada) | Perihalan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
iOS 11.3 atau lebih baharu iPadOS 11.3 atau lebih baharu macOS 10.13.4 atau lebih baharu tvOS 12.2 atau lebih baharu |
| Lalai adalah palsu. Jika disetkan ke benar:
Nota: Ini tidak digunakan pada binaan benih macOS. | |||||||||
macOS 11.3 atau lebih baharu |
| Lalai adalah palsu. Jika disetkan ke benar, keterlihatan naik taraf perisian oleh pengguna ditunda selama 30 hari, melainkan nilai tundaan lain ditentukan dengan | |||||||||
macOS 11.3 atau lebih baharu |
| Lalai adalah palsu. Jika disetkan ke benar, keterlihatan kemas kini app oleh pengguna ditunda selama 30 hari, melainkan nilai tundaan lain ditentukan dengan | |||||||||
iOS 11.3 atau lebih baharu iPadOS 11.3 atau lebih baharu macOS 10.13.4 atau lebih baharu tvOS 12.2 atau lebih baharu |
1-90 | Membenarkan pentadbir MDM untuk mengesetkan jumlah hari yang kemas kini perisian ditunda. Diperlukan apabila menggunakan Apabila nilai disetkan, keterlihatan kemas kini perisian oleh pengguna berlaku hanya selepas tundaan yang ditentukan (menurut masa perisian tersebut dikeluarkan dalam Perkhidmatan Rujukan Perisian Apple). Nilai ini mengawal tundaan untuk
Nota: Sebelum macOS 11.3, nilai ini mengawal tundaan untuk kedua-dua | |||||||||
macOS 11.3 atau lebih baharu |
1-90 | Membenarkan pentadbir MDM untuk mengesetkan jumlah hari yang naik taraf perisian ditunda. Maksimum ialah 90 hari dan nilai lalai ialah 30 hari. Apabila nilai disetkan, keterlihatan naik taraf perisian oleh pengguna berlaku hanya selepas tundaan yang ditentukan (menurut masa perisian tersebut dikeluarkan dalam Perkhidmatan Rujukan Perisian Apple). Nilai ini mengawal tundaan untuk | |||||||||
macOS 11.3 atau lebih baharu |
1-90 | Membenarkan pentadbir MDM untuk mengesetkan jumlah hari yang kemas kini perisian ditunda. Maksimum ialah 90 hari dan nilai lalai ialah 30 hari. Apabila nilai disetkan, keterlihatan kemas kini perisian oleh pengguna berlaku hanya selepas tundaan yang ditentukan (menurut masa perisian tersebut dikeluarkan dalam Perkhidmatan Rujukan Perisian Apple). Nilai ini mengawal tundaan untuk | |||||||||
macOS 11.3 atau lebih baharu |
1-90 | Membenarkan pentadbir MDM untuk mengesetkan jumlah hari yang kemas kini app ditunda. Maksimum ialah 90 hari dan nilai lalai ialah 30 hari. Apabila nilai disetkan, keterlihatan kemas kini app oleh pengguna berlaku hanya selepas tundaan yang ditentukan (menurut masa perisian tersebut dikeluarkan). Nilai ini mengawal tundaan untuk |
Kadens yang disyorkan pada iOS dan iPadOS
Selain daripada penangguhan berdasarkan masa, organisasi boleh mentakrifkan sama ada pengguna pada peranti iPhone dan iPad diselia mempunyai pilihan untuk menaik taraf kepada versi major yang lebih baharu atau terus menggunakan versi semasa dan masih menerima kemas kini minor, walaupun selepas kemas kini tersedia.
Sebagai contoh, pada iPhone yang menggunakan iOS 16.6.1, salah satu daripada tiga pilihan boleh digunakan:
Tawarkan kepada pengguna kemas kini tambahan kepada iOS 16 sahaja.
Tawarkan kepada pengguna naik taraf kepada iOS 17 sahaja.
Benarkan pengguna pilihan: kemas kini tambahan kepada iOS 16 (sebagai contoh, iOS 16.7) atau naik taraf kepada iOS 17.
Pilihan pertama tersedia hanya untuk tempoh masa yang terhad dan membenarkan pengguna untuk menerima manfaat daripada sebarang kemas kini keselamatan penting sementara pengujian diselesaikan untuk meluluskan naik taraf major untuk persekitaran pengeluaran.
Bersama dengan penangguhan, kadens yang disyorkan boleh digunakan. Dalam contoh dia atas, ia boleh digunakan untuk memastikan peranti menggunakan iOS 16 sementara hanya menangguhkan kemas kini perisian (seperti iOS 16.7) untuk tempoh waktu yang ditentukan.
Memerlukan kebenaran pentadbir pada macOS
Organisasi boleh menukar kelakuan lalai untuk memerlukan kebenaran apabila pentadbir setempat memasang kemas kini perisian. Sebagai contoh, ini boleh digunakan dalam pengerahan peranti yang dikongsi dengan berbilang pengguna untuk mengehadkan orang yang boleh melaksanakan kemas kini.
Menguatkuasakan kemas kini perisian
Organisasi boleh menguatkuasakan kemas kini perisian khusus pada masa yang dipilih tanpa mengira penangguhan dikonfigurasi atau jika pemasangan automatik Respons Keselamatan Pantas dinyahaktifkan. Ini membantu memastikan peranti terurus menjalankan versi yang ditentukan sebelum tarikh dan masa tertentu sementara membenarkan pengguna untuk memasang kemas kini pada waktu yang sesuai bagi mereka (sebelum tarikh penguatkuasaan).
Penguatkuasaan tarikh dan masa relatif kepada zon masa tempatan peranti. Ini membenarkan konfigurasi yang sama untuk digunakan merentas rantau yang berbeza. Sebagai contoh, jika tarikh penguatkuasaan disetkan pada 6 ptg, peranti cuba untuk melaksanakan kemas kini pada 6 ptg pada tarikh yang ditentukan dalam zon masa tempatannya.
Apabila kemas kini perisian diisytiharkan, pengguna dimaklumkan tentang tarikh akhirnya:
Dalam Seting (iOS dan iPadOS) dan dalam Seting Sistem (macOS)
Dalam pemberitahuan
Bergantung pada baki masa sehingga tarikh akhir penguatkuasaan, pemberitahuan memberikan pilihan berbeza (seperti diterangkan di bawah). Untuk membenarkan peningkatan kelutsinaran kepada pengguna dan memastikan mereka kekal dimaklumkan tentang proses, maklumat tambahan tentang kemas kini boleh diberikan menggunakan pautan “Maklumat lanjut”.
Jika pengguna tidak memulakan pemasangan secara serta-merta, pemberitahuan dan pilihan yang ditunjukkan bergantung pada baki masa, menjadi lebih kerap menuju ke tarikh penguatkuasaan dan bermaksud untuk menggalakkan pengguna untuk memasang kemas kini pada waktu yang sesuai untuk mereka. Untuk membantu memastikan pemberitahuan ini dipaparkan kepada pengguna, ciri Jangan Ganggu diabaikan semasa 24 jam sebelum penguatkuasaan.
Untuk memulakan dan membenarkan kemas kini daripada pemberitahuan atau daripada Seting dan Seting Sistem, sistem menggesa pengguna untuk kod laluan atau kata laluan mereka.
Sekiranya pengguna belum memasang kemas kini sebelum tarikh penguatkuasaan setempat:
iOS dan iPadOS memaksa pengguna untuk memasukkan kod laluan mereka jika kod laluan disetkan (melainkan jika telah dimasukkan lebih awal)
macOS memaksa keluar semua app terbuka (tanpa mengira sama ada sebarang dokumen terbuka dan tidak disimpan) dan melaksanakan mula semula jika perlu
Pada Mac dengan Apple silicon, Mac menggunakan token bootstrap (jika tersedia) untuk membenarkan kemas kini atau Mac menggesa pengguna untuk kelayakan mereka
Untuk menguatkuasakan pemasangan kemas kini, naik taraf atau Respons Keselamatan Pantas, peranti mestilah memenuhi keperluan yang sama seperti kemas kini yang dimulakan pengguna yang sama jenis.
Faedah utama pengurusan peranti pengisytiharan ialah autonomi peranti. Berbanding mencetuskan tindakan individu, penyelesaian MDM mengisytiharkan keadaan yang dikehendaki dan membahagikan tugas untuk mencapai keadaan tersebut kepada peranti. Contoh khusus kelakuan ini ialah situasi yang tarikh penguatkuasaan kemas kini perisian tiada kerana peranti tidak memenuhi keperluan. Peranti mengesan secara automatik yang keadaan pengisytiharan belum dicapai dan meneruskan semula proses apabila ia disambungkan ke internet.
Untuk berbuat demikian—jika perlu—sistem pengendalian memuat turun dan menyediakan kemas kini serta menyiarkan pemberitahuan lain, membenarkan pengguna mengetahui bahawa pemasangan telah lewat dari tarikh akhir dan percubaan akan dilakukan untuk melaksanakan pemasangan dalam tempoh jam yang seterusnya. Sekiranya proses diganggu lagi atas sebarang sebab, proses berulang kali seterusnya peranti dihidupkan dan bersambung ke internet.
Menggunakan laporan status yang tersedia dengan pengurusan peranti pengisytiharan, penyelesaian MDM juga boleh mendapatkan peningkatan kelutsinaran tentang status pemasangan—sebagai contoh, menunggu, memuat turun dan menyediakan atau memasangkan kemas kini. Kod ralat bermakna telah ditambah sekiranya keluaran tidak dapat digunakan atau tidak berjaya diselesaikan. Sesetengah contoh ini ialah jika peranti berada di luar talian, jika pengecasan bateri terlalu rendah atau jika ruang kosong yang tersedia tidak mencukupi.
Mengemas kini iPadOS pada iPad Dikongsi
Kemas kini perisian pada peranti iPad Dikongsi boleh dimulakan melalui udara menggunakan penyelesaian MDM yang iPad Dikongsi didaftarkan. Jika peranti disambungkan secara fizikal, Finder atau Apple Configurator pada Mac juga boleh digunakan.
Untuk memasang kemas kini pada iPad Dikongsi, pengguna mestilah didaftar keluar tetapi boleh dibiarkan dicache pada peranti. Jika pemasangan memerlukan lebih banyak ruang kosong berbanding ruang yang tersedia buat masa ini, data akaun pengguna dicache mestilah dikeluarkan. Disebabkan oleh autonomi pengurusan peranti pengisytiharan, peranti sentiasa mencuba semula untuk memasang keluaran baharu sehingga berjaya.
Untuk meminimumkan masa henti, kemas kini pada iPad Dikongsi boleh dijadualkan untuk dilakukan di luar waktu organisasi untuk meminimumkan kesan terhadap pengguna anda dan rangkaian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kemas kini dan naik taraf ke iPadOS untuk iPad Dikongsi.
Benarkan pengguna menangguhkan kemas kini dan naik taraf perisian macOS buat sementara
Untuk lebih kawalan, dalam macOS 12.3 atau lebih baharu, anda boleh menguatkuasakan kemas kini atau naik taraf perisian tertentu sambil membenarkan pengguna menangguhkannya untuk bilangan kali tertentu. Penyelesaian MDM yang menyokong ciri ini boleh menentukan bilangan kali menggunakan tindakan pemasangan InstallLater
, yang bilangan ini ditentukan oleh kunci MaxUserDeferrals
.
Pemberitahuan pemasangan ditunjukkan secara anggaran sekali setiap 24 jam. Penangguhan berlaku apabila pengguna menutup tetingkap Pemberitahuan. Pengguna mempunyai pilihan berikut untuk kemas kini atau naik taraf selepas mereka mengklik pemberitahuan:
Pasang Sekarang: Memuat turun kemas kini atau naik taraf serta memasangnya serta-merta.
Cuba Malam Ini: Memuat turun dan memasang kemudian.
Jika pengguna memilih pilihan ini, berdasarkan pembelajaran mesin daripada data sepanjang 21 hari lalu, Mac mencari masa yang paling sesuai untuk memuat turun dan memasang kemas kini atau naik taraf—lebih kurang antara 2:00 pg dan 4:00 ptg (Kemas kini mungkin bukan sentiasa pada waktu ini).
Jika pengguna masih mempunyai baki penangguhan dan jika mereka tidak melihat pemberitahuan atau mereka mengabaikannya, kemas kini tidak dipasang malam itu. Pemberitahuan terakhir untuk pemasangan yang memintas Jangan Ganggu. Juga, bilangan penangguhan yang berkemungkinan boleh dikemas kini oleh pentadbir MDM dengan mengeluarkan perintah baharu. Apabila berbuat demikian, pengira penangguhan pada Mac direset.