Menggunakan Schoolwork dengan iPad
Schoolwork ialah app iPad untuk pelajar dan guru yang memudahkan untuk berkongsi dan menerima kandungan, bekerjasama serta mengintegrasikan aktiviti app ke dalam arahan kelas dan tugasan kerja rumah, apabila pembelajaran sedang berlaku.
Menggunakan aliran kerja disepadukan yang ringkas, pelajar dan guru boleh berkongsi dan bekerjasama—walaupun apabila pelajar di luar bilik darjah. Guru boleh menugaskan pelajar apa-apa sahaja daripada PDF, pautan dan dokumen, kepada aktiviti dalam app. Guru boleh melihat data kemajuan kelas dan pelajar dengan mudah, menggunakan data untuk memahami keadaan pelajar dengan lebih baik dan memberi arahan secara individu berdasarkan keperluan pelajar. Untuk pelajar, mesej dan tugasan muncul secara automatik pada iPad mereka, disusun mengikut kelas dan tarikh jangka. Dengan cara ini, mereka mempunyai satu tempat untuk mencari kandungan dan arahan, untuk menghantar kerja dan untuk melihat kemajuan mereka sendiri.
Schoolwork memerlukan penggunaan Apple ID Terurus dan jadual kelas dalam Apple School Manager. Lengkapkan langkah di bawah untuk menyediakan pelajar dan guru dengan Schoolwork:
Cipta Apple ID Terurus untuk pelajar dan guru: Ini memberikan mereka akses kepada Schoolwork. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Apple ID Terurus dalam Panduan Pengguna Apple School Manager.
Sediakan kelas dan jadual kelas dalam Apple School Manager: Kelas yang termasuk dalam sambungan SIS atau muat naik SFTP mencipta kelas Schoolwork secara automatik untuk anda. Schoolwork juga dikemas kini secara automatik semasa pelajar keluar dan masuk kelas dalam Apple School Manager. Anda juga boleh mencipta kelas secara manual dalam Apple School Manager dan membenarkan guru menambah, mengedit, mengeluarkan dan memadamkan kelas dalam Schoolwork dengan mendayakan kelayakan “Cipta, edit dan padam kelas” untuk peranan Pengajar dalam Apple School Manager.
Dapatkan app Schoolwork: Dapatkan app Schoolwork dalam Bar sisi App dan Buku dalam Apple School Manager dan pasangkannya pada peranti guru dan pelajar.
Aktifkan kemajuan pelajar dalam Schoolwork: Dayakan kemajuan pelajar untuk organisasi anda dalam Apple School Manager. Pengajar boleh melihat cara pelajar melakukan aktiviti yang ditetapkan dalam sebarang app didayakan Classkit apabila ciri kemajuan pelajar dalam Schoolwork didayakan. Anda juga masih boleh menggunakan Schoolwork walaupun anda tidak mendayakan ciri ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Schoolwork untuk mengurus kemajuan pelajar dalam Panduan Pengguna Apple School Manager.
Beritahu pelajar dan guru cara log masuk: Arahkan pelajar dan guru untuk menggunakan Apple ID Terurus mereka untuk log masuk ke iPad. Apabila mereka membuka Schoolwork, mereka mempunyai akses kepada semua kelas mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Schoolwork, lihat Panduan Pengguna Schoolwork untuk Guru.