Pengenalan kepada pentakrifan skop pengerahan
Dalam pendidikan, pengerahan iPad dan Mac berbeza mengikut skop—daripada pengerahan peranti dikongsi di bilik darjah individu ke pengerahan peranti satu ke satu di seluruh daerah.
Dalam fasa 1, anda mentakfrifkan skop pengerahan anda, mengesetkan garis masa untuk peristiwa penting dan mengukur kejayaan projek semasa anda maju melalui pelaksanaan sehingga penggunaan penuh.
Anda boleh menggunakan jadual ini sebagai senarai semak untuk membantu anda menyerlahkan skop projek pengerahan anda.
Kawasan skop | Kandungan skop |
---|---|
Kenal pasti pemegang amanah yang penting |
|
Wujudkan objektif pembelajaran |
|
Utamakan keperluan dan pilih senario pengerahan yang bersesuaian |
|
Wujudkan pelan komunikasi |
|
Apple telah bekerja dengan penyelidik pendidikan dan Sekolah Unggul Apple untuk mengetahui perkara yang diperlukan untuk membina pengerahan yang berjaya. Penemuan tersebut dikompil dalam siri buku Kepimpinan Apple, dengan cerapan dan pembelajaran daripada pengerahan serupa yang boleh membantu anda dan pasukan kepimpinan anda mewujudkan visi untuk usaha anda sendiri.  Sebagai contoh:
Inovasi di Sekolah menunjukkan cara pemimpin inovatif menggunakan teknologi untuk membangunkan pembelajaran, pengajaran dan persekitaran sekolah mereka. Ini menggariskan peringkat inovasi yang dilalui oleh sekolah apabila mereka memperkenalkan, menyepadukan, kemudian berinovasi dengan teknologi baharu.
Unsur Kepimpinan menerokai strategi pembangunan dalam visi, budaya, kapasiti, pasukan, komuniti, kewangan dan ukuran—untuk mempengaruhi pembelajaran, pengajaran serta persekitaran sekolah anda.