Cari dan tambah kenalan daripada perkhidmatan direktori rangkaian
Jika Mac anda disediakan untuk akses perkhidmatan direktori rangkaian—contohnya, di sekolah atau tempat kerja—ia ditunjukkan dalam bar sisi Kenalan.
Nota: Kenalan dalam perkhidmatan direktori muncul hanya apabila anda mencari direktori. Pastikan anda bersambung ke pelayan apabila direktori dikesan; jika tidak, keputusan tidak ditunjukkan. (Akaun Exchange luar talian ditunjukkan dengan ikon panahan kilat .)
Cari kenalan dalam perkhidmatan direktori: Pilih direktori dalam bar sisi, kemudian cari kenalan. Pelayan Exchange mengehadkan keputusan untuk 100 kenalan.
Tambah kenalan daripada servis direktori ke kumpulan: Seret kenalan ke sebarang kumpulan dalam bar sisi yang bukan perkhidmatan direktori.
Anda tidak boleh mencetak maklumat terus daripada perkhidmatan direktori rangkaian. Anda mesti seret dahulu kenalan ke dalam akaun lain, kemudian cetak maklumat mereka.