Bar sisi kenalan

Bar sisi Kenalan menyenaraikan kumpulan, folder (jika anda menggunakan akaun Exchange dalam Kenalan) dan perkhidmatan direktori rangkaian yang tersedia.

  • Tunjukkan atau sembunyikan bar sisi: Pilih Lihat > Tunjukkan Kumpulan atau Lihat > Sembunyikan Kumpulan. Atau seret ke tepi kiri atau kanan tetingkap Kenalan.

  • Ubah saiz bar sisi: Seret pemisah bar sisi ke kiri atau ke kanan. Jika anda menyeretnya ke kiri, bar sisi disembunyikan.

Jika anda tidak melihat kumpulan, folder, atau direktori yang dijangka dalam bar sisi, pilih Kenalan > Keutamaan, klik Akaun, kemudian pastikan akaun anda didayakan.