Eksport dan arkib kenalan
Anda boleh mengeksport kenalan dipilih untuk menghantar ke orang lain atau import pada komputer lain. Atau arkibkan semua kenalan anda supaya anda mempunyai salinan sandaran mereka.
Nota: Untuk tidak memasukkan nota dan foto apabila anda eksport kenalan, pilih Kenalan > Keutamaan, klik vCard, kemudian nyahpilih “Eksport nota dalam vCards” dan “Eksport foto dalam vCards.”
Eksport beberapa kenalan: Pilih kenalan atau kumpulan, kemudian seretnya ke desktop. Atau pilihnya, kemudian pilih Fail > Eksport > Eksport vCard.
Kenalan dieksport sebagai fail vCard (.vcf).
Eksport semua kenalan: Pilih Fail > Eksport > Arkib Kenalan, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Kenalan dieksport sebagai fail arkib (.abbu).
Jika anda jadikan kad anda peribadi, medan yang anda pilih untuk tidak berkongsi tidak disertakan apabila anda eksport kad anda.