![](https://help.apple.com/assets/59D1AABE680CE2A0420B6CBB/59D1AABF680CE2A0420B6CC2/ms_MY/681a028e052633e3539058b41dcdb3b9.png)
Padam kenalan atau kumpulan
Anda boleh padamkan kenalan dan kumpulan pada bila-bila masa.
Padam kenalan: Pilih kenalan, kemudian tekan kekunci Delete.
Jika anda pilih kenalan yang tergolong pada kumpulan, klik Padam dalam mesej yang muncul.
Padam kumpulan: Pilih kumpulan dalam bar sisi, kemudian tekan kekunci Delete.
Jika kumpulan digunakan dalam Kumpulan Pintar (dengan memasukkan syarat yang menggunakan “Kad ialah ahli” atau “Kad bukan ahli”), anda tidak boleh memadam kumpulan tersebut sehingga anda menukar syarat atau padam Kumpulan Pintar tersebut.
Anda tidak boleh memadam kenalan dalam akaun baca sahaja seperti Facebook dan LinkedIn; anda mesti memadam kenalan terus dalam Facebook atau LinkedIn, contohnya. Jika anda tidak mahu melihat kenalan daripada akaun tertentu, henti menggunakan akaun dalam Kenalan. Untuk melakukannya, pilih Kenalan > Akaun, kemudian pilih akaun, kemudian nyahpilih kotak semak Kenalan.
Jika anda berhenti menggunakan atau mengeluarkan akaun, mana-mana kenalan yang diedit akan kekal dalam akaun kenalan lalai anda.