![](https://help.apple.com/assets/59D1AABE680CE2A0420B6CBB/59D1AABF680CE2A0420B6CC2/ms_MY/681a028e052633e3539058b41dcdb3b9.png)
E-mel kumpulan
Cipta mesej e-mel baru dialamatkan kepada kumpulan, terus dari Kenalan.
![Bar sisi Kenalan menunjukkan menu timbul dengan perintah untuk menghantar e-mel kepada kumpulan dipilih.](https://help.apple.com/assets/59D1AABE680CE2A0420B6CBB/59D1AABF680CE2A0420B6CC2/ms_MY/b98d32b4c30280a8082cb3d700d634db.png)
Lakukan satu daripada yang berikut:
Control-klik kumpulan dalam bar sisi, kemudian pilih Hantar E-mel. E-mel baru dibuka dalam app Mail, ditujukan ke kumpulan tersebut.
Seret kumpulan daripada bar sisi ke medan alamat dalam e-mel yang anda tulis.
Dalam e-mel anda, sama ada nama kumpulan atau nama kenalan individu, bergantung pada bagaimana keutamaan Menggubah disetkan dalam Mail.
Jika kumpulan ditunjukkan dalam e-mel anda tetapi anda mahu melihat kenalan, klik anak panah bersebelahan nama kumpulan, kemudian pilih Kembangkan Kumpulan.
Petua: Semasa anda ingin menghantar e-mel, anda boleh melihat semua alamat tersedia untuk kenalan dengan mengklik anak panah bersebelahan nama mereka. Untuk e-mel kenalan menggunakan lebih daripada satu alamatnya, salin dan tampal nama mereka, klik anak panah, kemudian pilih alamat lain.
Jika sesiapa dalam kumpulan tersebut mempunyai berbilang alamat e-mel, anda boleh pilih alamat lalai untuk digunakan bila-bila masa anda e-mel kumpulan tersebut.