Keutamaan templat
Gunakan keutamaan Templat dalam Kenalan untuk memilih medan yang muncul pada kad kenalan baru. Kad sedia ada tidak diubah apabila anda mengedit templat.
Untuk melihat keutamaan ini dalam Kenalan, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik Templat.
Tambah Medan | Klik menu timbul, kemudian pilih medan untuk ditambah. Medan dengan tanda semak telah berada dalam templat; untuk mengeluarkannya, pilih lagi. (Anda tidak dapat mengeluarkan medan yang dimalapkan.) |
Tambah | Klik butang Tambah untuk membenarkan satu lagi entri bagi medan. Butang Tambah muncul hanya untuk medan yang boleh mempunyai pelbagai entri, seperti Telefon. |
Keluarkan | Klik butang Keluarkan untuk mengeluarkan medan. |
Label | Klik label dan pilih label yang berlainan untuk medan itu. |
Untuk mengubah susunan nama pertama dan akhir dalam templat, gunakan pilihan Tunjukkan Nama Pertama dalam keutamaan Umum.