Tukar seting Templat dalam Kenalan pada Mac
Gunakan seting Templat dalam Kenalan untuk memilih medan yang kelihatan pada kad kenalan baharu. Kad sedia ada tidak diubah apabila anda mengedit templat.
Untuk menukar seting ini dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Seting, kemudian klik Templat.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tambah Medan | Klik menu timbul, kemudian pilih medan untuk ditambah ke templat. Medan dengan tanda semak telah berada dalam templat; untuk mengeluarkannya, pilih lagi. (Anda tidak dapat mengeluarkan medan yang dimalapkan.) |
Tambah | Klik butang Tambah dalam templat untuk membenarkan satu lagi entri untuk medan. Butang Tambah muncul hanya untuk medan yang boleh mempunyai pelbagai entri, seperti Telefon. |
Keluarkan | Klik butang Keluarkan dalam templat untuk mengeluarkan medan. |
Label | Klik label, seperti halaman utama, kemudian pilih label yang berbeza untuk medan itu. Untuk mencipta label tersuai, klik Tersuai, jika tersedia. |
Untuk menukar susunan nama pertama dan akhir dalam templat, gunakan pilihan Tunjukkan Nama Pertama dalam seting Umum. Lihat Tukar seting Umum.