Tetingkap untuk menambah akaun internet ke app Kenalan.

Kumpulkan kenalan daripada semua akaun anda

Jika anda menyimpan kenalan dalam akaun internet yang lain—seperti iCloud, Google, atau Yahoo—anda boleh mengakses semuanya dalam Kenalan.

Cara menambah kenalan daripada akaun internet lain

Tetingkap untuk menambah Senarai Pintar, dengan senarai bernama Kelab Buku yang memasukkan kenalan yang mempunyai perkataan “buku” dalam medan Nota mereka.

Cipta senarai secara automatik

Cipta Senarai Pintar dengan mengenal pasti persamaan antara sesetengah kenalan anda. Sebagai contoh, anda boleh mencipta Senarai Pintar dipanggil Kelab Buku yang memasukkan sebarang kenalan dengan perkataan “buku” dalam medan Nota kad mereka.

Cara mencipta Senarai Pintar

Tetingkap Kenalan dengan butang Peta bersebelahan alamat jalan.

Tunjukkan kenalan pada peta

Mahu melihat di mana salah satu kenalan anda tinggal? Anda boleh membuka peta terus daripada app Kenalan.

Cara menunjukkan alamat kenalan pada peta

Untuk meneroka Panduan Pengguna Kenalan, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.