Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Padam senarai dan Senarai Pintar dalam Kenalan pada Mac
Jika anda mencipta senarai atau Senarai Pintar, anda boleh memadamkannya pada bila-bila masa. Kenalan yang berada dalam senarai tidak dipadamkan daripada Kenalan.
Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.
Pilih senarai atau Senarai Pintar dalam bar sisi.
Tekan kekunci Delete, kemudian sahkan pemadaman.
Jika senarai tidak dipadamkan, kemungkinan besar ia digunakan dalam Senarai Pintar dengan syarat “Kad ialah ahli” atau “Kad ialah bukan ahli”. Anda tidak boleh memadamkan senarai sehingga anda mengeluarkan syarat atau memadamkan Senarai Pintar.