
Kongsi kenalan dalam Kenalan pada Mac
Anda boleh berkongsi kad kenalan anda atau kad kenalan orang lain sebagai fail vCard (.vcf) supaya orang lain boleh menambahnya dalam senarai kenalan mereka. Anda boleh berkongsi kad melalui e-mel, teks, atau cara lain.
Nota: Jika anda tidak mahu berkongsi nota atau foto dalam kad kenalan, pilih Kenalan > Seting, klik vCard, kemudian nyahpilih kotak semak “Eksport nota” dan “Eksport foto”.
Dalam app Kenalan
pada Mac anda, pilih kad anda atau kad kenalan lain.
Klik butang Kongsi
di penjuru kanan bawah tetingkap (atau gunakan Touch Bar).
Pilih cara berkongsi kad—sebagai contoh, dalam e-mel atau nota, atau dengan AirDrop.
Jika anda menjadikan kad anda peribadi dalam seting vCard Kenalan, medan yang anda pilih untuk tidak berkongsi tidak disertakan apabila anda berkongsi kad anda.