Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi kenalan dalam Kenalan pada Mac
Anda boleh berkongsi kad kenalan anda atau kad kenalan orang lain sebagai fail vCard (.vcf) supaya orang lain boleh menambahnya dalam senarai kenalan mereka.
Nota: Jika anda tidak mahu berkongsi nota atau foto dalam kad kenalan, pilih Kenalan > Seting, klik vCard, kemudian nyahpilih kotak semak “Eksport nota” dan “Eksport foto”.
Pergi ke app Kenalan
pada Mac anda.
Pilih kad anda atau kad kenalan lain.
Klik Kongsi Kenalan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pilih pilihan kongsi seperti Mail, Mesej, atau AirDrop.
Jika anda menjadikan kad anda peribadi dalam seting vCard Kenalan, medan yang anda pilih untuk tidak berkongsi tidak disertakan apabila anda berkongsi kad anda.