Panduan Pengguna Clips
Abadikan detik
Sungguh mudah untuk mulakan—hanya sentuh dan tahan butang Rakam merah. Anda boleh merakam video, atau mengambil bingkai pegun dan zum masuk untuk melihat dengan lebih dekat. Anda juga boleh mendapatkan klip atau foto daripada pustaka anda dengan cepat.
Jelmakan ruang anda
Dengan Ruang AR, jelmakan persekitaran anda dengan kesan visual mengasyikkan dan menyeronokkan yang memetakan pada kontur ruang anda. Anda boleh menukar bilik anda menjadi disko, mengisinya dengan objek jatuh yang mencuit, atau menambahkan pencahayaan beranimasi. Kesan disesuaikan pada ruang anda semasa anda merakam.
Tukar dunia anda
Adegan Swafoto membuatkan Clips lebih menyeronokkan. Asyikkan diri anda dalam landskap, set filem dan seni abstrak yang dianimasikan dengan cantik. Setiap suasana ialah satu pengalaman 360 darjah sepenuhnya, jadi tidak kira cara anda menggerakkan peranti anda, suasana mengelilingi anda di semua sisi.
Ungkapkan idea anda
Tambah Tajuk Langsung beranimasi dengan suara anda. Semasa anda bercakap, kapsyen muncul pada video—dimasakan dengan sempurna ke alih suara anda. Anda boleh memasukkan rakaman suara anda bersama dengan Tajuk Langsung, atau anda boleh senyapkan suara anda.
Jadi terkenal
Sedia untuk menunjukkan karya agung mini anda? Clips membuat cadangan untuk perkongsian. Anda juga boleh menghantar video anda dalam Mail atau Mesej, berkongsi terus ke Instagram dan banyak lagi.
Untuk meneroka Panduan Pengguna Clips, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.