Kongsi video anda dengan Clips
Anda boleh berkongsi video yang sudah siap anda supaya orang lain boleh melihatnya. Untuk berkongsi video anda sebagai fail yang anda boleh edit pada peranti lain, lihat Eksport video.
Dalam app Clips , buka video yang anda mahu kongsikan.
Ketik di bahagian kanan bawah.
Ketik Pilihan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Setkan nisbah aspek: Ketik 16:9, 4:3, atau Segi Empat.
Setkan orientasi video: Ketik Menegak atau Mendatar.
Ketik Selesai.
Ketik pilihan kongsi.
Untuk berkongsi klip atau foto dengan kesan, seperti Ruang AR, Memoji, penapis, atau pelekat, lihat Simpan video dengan kesan.
Lihat jugaSimpan dan padam klip dalam Clips