Import dan eksport video dalam Clips
Anda boleh mengeksport video Clips sebagai fail projek untuk mengeditnya pada peranti berbeza atau bekerjasama dengan orang lain. Anda juga boleh mengimport video Clips yang orang lain telah eksport dan hantarkan kepada anda.
Import video
Anda boleh mengimport video yang dilampirkan dalam mesej e-mel, dilampirkan pada nota dalam app Nota, atau disimpan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam app Mail: Ketik mesej e-mel yang mengandungi video Clips.
Dalam app Fail: Layari folder yang mengandungi video Clips.
Dalam app Nota: Ketik nota yang mengandungi video Clips.
Ketik video atau lampiran.
Ketik , kemudian ketik ikon Clips .
Dalam Clips, ketik di bahagian kiri atas.
Jika video telah dibuka dan anda tidak melihat , ketik Selesai atau ketik .
Untuk membuka video, ketiknya.
Eksport video
Dalam app Clips , buka video yang anda mahu eksport.
Ketik di bahagian kanan bawah.
Ketik Pilihan, ketik Projek, kemudian ketik Selesai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pindahkan video ke iPhone, iPad, atau Mac menggunakan AirDrop: Ketik AirDrop, kemudian ketik nama komputer atau peranti yang anda mahu hantarkan video.
Simpan video ke iPhone atau iPad anda: Ketik Simpan ke Fail, ketik Pada iPhone Saya atau Pada iPad Saya, kemudian navigasi ke lokasi tempat anda mahu menyimpan video.
Anda juga boleh menghantar video dalam mesej e-mel menggunakan Mail, menyimpan video pada nota dalam app Nota dan banyak lagi.