![](https://help.apple.com/assets/5E84D4EB680CE2F608CDF173/5E86617C0946224E363B16AB/ms_MY/fabaede3b427d42be96897c23005e503.png)
Import dan eksport projek dalam Clips
![Pilihan untuk berkongsi projek, termasuk AirDrop, Mail dan Simpan ke Fail.](https://help.apple.com/assets/5E84D4EB680CE2F608CDF173/5E86617C0946224E363B16AB/ms_MY/14a0414561da7ed46b82534600369caa.png)
Anda boleh mengimport dan mengeksport projek video untuk mengedit projek video pada peranti berlainan atau bekerjasama dengan orang lain.
Import projek
Anda boleh mengimport projek yang dilampirkan dalam mesej e-mel, dilampirkan pada nota dalam app Nota, atau disimpan pada iPhone atau iPad anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Dalam app Mail: Ketik mesej e-mel yang mengandungi projek Clips.
Dalam app Fail: Layari folder yang mengandungi projek Clips.
Dalam app Nota: Ketik nota yang mengandungi projek Clips.
Ketik projek atau lampiran.
Ketik
, kemudian ketik ikon Clips
.
Dalam Clips, ketik
di bahagian kiri atas.
Jika projek telah dibuka dan anda tidak melihat
, ketik Selesai atau ketik
.
Untuk membuka projek, dwiketiknya.
Eksport projek
Dalam app Clips
, buka projek yang anda mahu eksport.
Ketik
di bahagian kanan bawah.
Ketik Pilihan, ketik Projek, kemudian ketik Selesai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pindahkan projek ke iPhone, iPad, atau Mac menggunakan AirDrop: Ketik AirDrop, kemudian ketik nama komputer atau peranti yang anda mahu hantarkan projek.
Simpan projek ke iPhone atau iPad anda: Ketik Simpan ke Fail, ketik Pada iPhone Saya atau Pada iPad Saya, kemudian navigasi ke lokasi tempat anda mahu menyimpan projek.
Anda juga boleh menghantar projek dalam mesej e-mel menggunakan Mail, menyimpan projek pada nota dalam app Nota dan banyak lagi.