Imej video dalam pemapar dengan butang Rakam di bawahnya.

Abadikan detik

Sungguh mudah untuk mulakan—hanya sentuh dan tahan butang Rakam merah. Anda boleh merakam video, atau mengambil bingkai pegun dan zum masuk untuk melihat dengan lebih dekat. Anda juga boleh mendapatkan klip atau foto daripada pustaka anda dengan cepat.

Buat video

Ruang AR dalam pemapar.

Jelmakan ruang anda

Dengan Ruang AR, jelmakan persekitaran anda dengan kesan visual mengasyikkan dan menyeronokkan yang memetakan pada kontur ruang anda. Anda boleh menukar bilik anda menjadi disko, mengisinya dengan objek jatuh yang mencuit, atau menambahkan pencahayaan beranimasi. Kesan disesuaikan pada ruang anda semasa anda merakam.

Rakam dengan Ruang AR

Suasana Swafoto dalam pemapar.

Tukar dunia anda

Suasana Swafoto membuatkan Clips lebih menyeronokkan. Asyikkan diri anda dalam landskap, set filem dan seni abstrak yang dianimasikan dengan cantik. Setiap suasana ialah satu pengalaman 360 darjah sepenuhnya, jadi tidak kira cara anda menggerakkan peranti anda, suasana mengelilingi anda di semua sisi.

Cipta Suasana Swafoto

Imej video dalam pemapar dengan Tajuk Langsung di bahagian atas.

Ungkapkan idea anda

Tambah Tajuk Langsung beranimasi dengan suara anda. Semasa anda bercakap, kapsyen muncul pada video—dimasakan dengan sempurna ke alih suara anda. Anda boleh memasukkan rakaman suara anda bersama dengan Tajuk Langsung, atau anda boleh senyapkan suara anda.

Rakam dengan Tajuk Langsung

Pilihan kongsi, termasuk orang yang dicadangkan untuk dikongsi.

Jadi terkenal

Sedia untuk menunjukkan karya agung mini anda? Clips membuat cadangan untuk perkongsian. Anda juga boleh menghantar video anda dalam Mail atau Mesej, berkongsi terus ke Instagram dan banyak lagi.

Kongsi video anda

Untuk meneroka Panduan Pengguna Clips, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Membantu?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.