Gunakan kalendar qamari
App Kalendar menyokong paparan kalendar qamari Cina, Ibrani dan Islam. Apabila anda aktifkan kalendar qamari, tarikh kalendar qamari disenaraikan bersama dengan tara kalendar Gregorynya. Hari pertama bulan qamari ditandakan dengan garis merah nipis. Hari pertama tahun qamari ditandakan dengan garis merah tebal.
Anda juga boleh melihat hari lahir dan cuti kalendar qamari.
Lihat kalendar qamari
Pilih Kalendar > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih “Tunjukkan kalendar alternatif,” kemudian pilih kalendar qamari daripada menu timbul.
Lihat hari lahir kalendar qamari
Jika anda memasukkan hari lahir kalendar qamari untuk orang dalam Kenalan, hari lahir tersebut muncul apabila anda dayakan kalendar Hari Lahir dalam Kalendar. Dalam Kenalan, medan Hari Lahir Qamari muncul jika komputer anda disetkan ke rantau yang menggunakan kalendar qamari, atau anda boleh tambah medan untuk kenalan anda secara automatik.
Lihat cuti kalendar qamari
Setkan rantau anda kepada yang memperhatikan cuti untuk kalendar qamari.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang melihat hari lahir dan cuti, lihat Tunjukkan kalendar hari cuti dan hari lahir.