Tambah atau padam kalendar
Cipta kalendar berasingan untuk kawasan berlainan kehidupan anda—kerja, rumah, sekolah dan sebagainya. Setiap kalendar mempunyai warnanya sendiri. Apabila melihat berbilang kalendar, anda boleh melihat setiap peristiwa kalendar yang dimiliki berdasarkan pada warnanya. Untuk mengubah warna peristiwa, alih peristiwa ke kalendar berlainan atau ubah warna kalendar.
Tambah kalendar
Pilih Fail > Kalendar Baru, kemudian pilih akaun untuk kalendar.
Namakan kalendar, kemudian tekan Return.
Jika anda tidak boleh menambah kalendar untuk akaun kalendar tertentu, cuba tambah kalendar pada tapak web pembekal akaun. Contohnya, untuk mencipta kalendar Google, pergi ke google.com.
Padam kalendar
Klik nama kalendar dalam senarai kalendar.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Pilih Edit > Padam.
Sesetengah kalendar tidak dapat dipadam.
Anda tidak boleh memadam wakilan kalendar, tetapi anda boleh berhenti menunjukkannya dalam tetingkap Kalendar utama. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kongsi akaun kalendar.
Jika anda tidak boleh memadam kalendar untuk akaun kalendar tertentu, cuba padam kalendar pada tapak web pembekal akaun. Contohnya, untuk memadam kalendar Google, pergi ke google.com.
Jika akaun kalendar mempunyai hanya satu kalendar (tanpa mengira kalendar orang lain yang anda kongsi), anda tidak boleh memadam kalendar terakhir berkenaan.
Tambah kumpulan kalendar
Anda boleh mencipta kumpulan kalendar dalam bahagian Pada Mac Saya di senarai kalendar.
Pilih kalendar dalam bahagian Pada Mac Saya di senarai kalendar, kemudian pilih Baru > Kumpulan Kalendar Baru.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Jika Pada Mac Saya tidak disenaraikan, kalendar anda berada dalam akaun, seperti iCloud. Untuk menambahkan Pada Mac Saya, Pilih Fail > Kalendar Baru > Pada Mac Saya.
Untuk menambah kalendar lain ke kumpulan, seretnya ke nama kumpulan. Untuk mengeluarkan kalendar daripada kumpulan, seretnya ke pengepala Pada Mac Saya di senarai kalendar.