Kongsi kalendar iCloud
Jika anda menyediakan iCloud pada Mac anda, anda boleh menggunakan Kalendar untuk mengurus kalendar iCloud dikongsi anda.
Jika anda dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, kalendar Keluarga muncul dalam senarai kalendar iCloud secara automatik. Semua orang dalam kumpulan anda boleh melihat dan kemas kini kalendar Keluarga yang sama, inilah cara terbaik untuk mengikuti perkembangan peristiwa seperti perjalanan perkhemahan keluarga dan resital biola.
Kongsi kalendar
Letakkan penuding ke atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar .
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Klik Kongsi Dengan, kemudian masukkan nama atau alamat e-mel kenalan yang anda ingin jemput untuk berkongsi kalendar anda.
Anda juga boleh memasukkan nama kumpulan dalam Kenalan untuk menjemput semua ahli kumpulan.
Jika anda tidak melihat Kongsi Dengan, klik di bawah nama terakhir atau alamat e-mel di dalam senarai Dikongsi Dengan. Jika anda melihat senarai Dikongsi Oleh [nama] dan bukannya senarai Dikongsi Dengan, hanya orang dinamakan boleh menambah orang.
Untuk menghalang seseorang dari melakukan perubahan pada kalendar dikongsi anda, Contol-klik nama atau alamat e-mel orang tersebut dalam senarai Dikongsi Bersama, kemudian pilih Lihat Sahaja.
Untuk membiarkan sesiapa melihat kalendar anda—termasuk orang yang tidak tersenarai dalam senarai Dikongsi Dengan—pilih Kalendar Awam.
Untuk menghantar kepada orang pautan untuk melanggan kalendar awam anda, klik butang Kongsi , kemudian pilih bagaimana anda mahu hantar pautan berkenaan.
Orang yang melanggan kalendar awam anda boleh melihatnya, tetapi mereka tidak boleh mengeditnya. Hanya orang yang disenaraikan dalam medan Kongsi Dengan yang mempunyai keistimewaan mengedit dan melihat sahaja boleh membuat perubahan.
Klik Selesai.
Kenalan yang anda tambah dalam senarai Dikongsi Dengan akan dihantar jemputan (pemberitahuan dan e-mel) untuk menyertai kalendar dikongsi.
Hantar semula jemputan kalendar yang dikongsi
Letakkan penuding ke atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar .
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Control-klik nama seseorang, kemudian pilih Jemput Semula.
Berhenti berkongsi kalendar
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Henti berkongsi kalendar anda dengan orang tertentu: Letakkan penuding ke atas nama kalendar dalam senarai kalendar, kemudian klik butang Kongsi Kalendar . Klik nama seseorang, kemudian tekan Delete.
Henti berkongsi kalendar anda dengan semua orang: Control-klik kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Henti Berkongsi.
Berhenti berkongsi kalendar orang lain: Control-klik kalendar dalam senarai kalendar, kemudian pilih Nyahlanggan.
Jika anda tidak melihat senarai kalendar di kiri, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar.
Jika anda menerima jemputan untuk menyertai kalendar dikongsi iCloud, anda boleh menerima jemputan pada Mac anda, peranti iOS anda yang tersedia untuk akaun iCloud yang sama, atau Kalendar iCloud di iCloud.com.
Jika anda kongsi kalendar iCloud atau sertai kalendar iCloud dikongsi orang lain, anda mungkin menerima e-mel apabila kalendar dikongsi dikemas kini. Anda boleh berhenti menerima e-mel ini dengan menukar seting keutamaan dalam app Kalendar pada iCloud.com. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Terima e-mel tentang kemas kini kalendar dikongsi dalam Bantuan iCloud.