Pintasan papan kekunci kalendar
Dengan cepat menyelesaikan banyak tugas dalam Kalendar menggunakan pintasan papan kekunci.
Pintasan kalendar
Pergi ke hari, minggu, bulan, atau tahun seterusnya. | Command–Anak Panah Kanan |
Pergi ke hari, minggu, bulan, atau tahun sebelumnya. | Command–Anak Panah Kiri |
Pergi ke tarikh hari ini. | Command-T |
Pergi ke tarikh khusus. | Shift-Command-T |
Bertukar kepada paparan Hari. | Command-1 |
Bertukar kepada paparan Minggu. | Command-2 |
Bertukar kepada paparan Bulan. | Command-3 |
Bertukar kepada paparan Tahun. | Command-4 |
Bertukar kepada paparan skrin penuh. Untuk keluar dari paparan skrin penuh, tekan Escape. | Control-Command-F |
Jadikan teks lebih besar. | Command-Tanda Tambah (+) |
Jadikan teks lebih kecil. | Command-Tanda Tolak (–) |
Segar semula semua kalendar. | Command-R |
Pilih atau nyahpilih kotak semak di sebelah kalendar terpilih. | Bar Space (dengan senarai Kalendar terbuka) |
Pilih atau nyahpilih semua kotak semak di sebelah kalendar dalam senarai Kalendar. | Command-klik mana-mana kotak semak kalendar |
Pilih kotak semak bersebelahan kalendar dipilih dan nyahpilih semua kotak semak yang lain. | Option-Command-klik mana-mana kotak semak kalendar |
Tambah kumpulan kalendar baru. | Shift-Command-N |
Tambah kalendar baru yang dilanggan. | Option-Command-S |
Cetak kalendar hari, minggu, bulan, atau tahun. | Command-P |
Pintasan peristiwa
Tambah peristiwa baru. | Command-N |
Edit peristiwa yang dipilih. | Command-E |
Edit peristiwa dipilih dalam tetingkap pemeriksa baru. | Option-Command-I |
Pergi ke medan seterusnya. | Tab (semasa peristiwa dibuka) |
Pergi ke medan sebelumnya. | Shift-Tab (semasa peristiwa dibuka) |
Tutup editor peristiwa. | Kembali atau Keluar (semasa peristiwa dibuka) |
Pilih peristiwa seterusnya. | Tab |
Pilih peristiwa sebelumnya. | Shift-Tab |
Pilih peristiwa seterusnya atau sebelumnya. | Kekunci anak panah |
Mencari peristiwa. | Command-F |
Alih peristiwa ke kalendar lain. | Control-klik peristiwa, kemudian pilih kalendar dari menu pintasan |
Alih peristiwa yang dipilih 15 minit lebih awal (dalam paparan Hari atau Minggu); alih peristiwa yang dipilih satu minggu lebih awal (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Atas |
Alih peristiwa yang dipilih 15 minit lebih lewat (dalam paparan Hari atau Minggu); alih peristiwa yang dipilih satu minggu lebih lewat (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Bawah |
Alih peristiwa yang dipilih sehari kemudian (dalam paparan Minggu atau Bulan); alih peristwa yang dipilih seminggu kemudian (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Kanan |
Alih peristiwa yang dipilih sehari lebih awal (dalam paparan Minggu atau Bulan); alih peristwa yang dipilih seminggu lebih awal (dalam paparan Bulan). | Control-Option–Anak Panah Kiri |
Tunjukkan maklumat untuk kalendar atau peristiwa. | Command-I |
Cetak peristiwa yang dipilih atau peristiwa dalam julat masa. | Command-P |
Tunjukkan atau sembunyi panel Alamat. | Option-Command-A |
Tunjukkan atau sembunyi panel Ketersediaan. | Shift-Command-A |
Buka keutamaan Kalendar. | Command-koma |