Akses iCloud, Google dan kalendar lain
Jika anda menyimpan kalendar anda dalam akaun Internet—sebagai contoh, iCloud, Exchange, Google, Facebook, Yahoo, atau AOL—anda boleh menggunakan akaun dalam Kalendar pada Mac anda dan mengakses semua kalendar dan peristiwa anda di satu tempat.
Tambah akaun
Pilih Kalendar > Tambah Akaun, pilih jenis akaun, kemudian ikut arahan pada skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah akaun iCloud, lihat Sediakan iCloud pada Mac anda. Untuk maklumat mengenai menambah akaun lain, lihat Tambah akaun.
Sediakan peranti iOS anda untuk menggunakan akaun yang sama, supaya kalendar anda terkini merentas semua peranti itu dan Apple Watch anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat bahagian “Mulakan” daripada panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Untuk peranti yang tidak menggunakan versi iOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada tapak web manual Sokongan Apple.
Setiap akaun yang anda tambah disenaraikan secara berasingan di bar sisi. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, pilih Lihat > Tunjukkan Senarai Kalendar atau klik Kalendar dalam bar alat.
Berhenti menggunakan akaun dalam Kalendar
Anda boleh berhenti menggunakan akaun secara sementara supaya kalendar dan peristiwanya tidak lagi muncul dalam Kalendar pada Mac anda.
Pilih Kalendar > Akaun, kemudian pilih akaun yang anda mahu berhenti menggunakan, kemudian nyahpilih kotak semak Kalendar.
Untuk menggunakan akaun itu lagi dalam kalendar, pilih kotak semak Kalendar. Kalendar dan peristiwa kalendar muncul semula.
Keluarkan akaun
Jika anda tidak lagi mahu menggunakan akaun dalam mana-mana app, termasuk Kalendar, anda boleh mengeluarkan akaun.
Nota: Jika anda menggunakan Rantai Kunci iCloud dan anda mengeluarkan satu akaun (selain daripada akaun iCloud utama anda), anda akan diminta sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang menggunakan Rantai Kunci iCloud, atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun itu pada Mac ini.
Pilih Kalendar > Akaun, kemudian pilih akaun yang anda mahu keluarkan, kemudian nyahpilih kotak semak Kalendar.
Anda boleh melihat, menambah dan mengubah suai peristiwa dan membalas jemputan, dalam app kalendar pada semua peranti anda yang menggunakan akaun yang sama. Anda juga boleh melihat, menambah dan mengubah suai peristiwa kalendar iCloud anda dan membalas jemputan, pada iCloud.com. Perubahan yang anda buat muncul di mana-mana sahaja, oleh itu anda sentiasa mempunyai peristiwa kalendar paling semasa pada anda. Pemberitahuan Kalendar juga muncul pada Mac anda dan peranti lain yang menggunakan akaun yang sama.
Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa menulis, mengubah suai, atau melihat peristiwa dan kalendar. Untuk membuka peristiwa atau kalendar dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Kalendar yang muncul di bahagian kiri Dock.