Sediakan dan gunakan Kamera dengan Akses Bantu pada iPad
Orang yang menggunakan Akses Bantu pada iPad boleh menangkap gambar, video dan swafoto dalam app Kamera
. Anda boleh menambahkan dan menyesuaikan app Kamera apabila anda menyediakan Akses Bantu, atau pada bila-bila masa nanti.

Tambah app Kamera
Keluar daripada Akses Bantu jika ia aktif.
Pergi ke app Seting
.Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Akses Bantu.
Ketik Urus App, kemudian ketik
bersebelahan Kamera.Aktifkan mod kamera yang anda mahu jadikan tersedia (diterangkan dalam jadual di bawah).
Pilihan Kamera
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Foto | Ambil foto menggunakan kamera belakang. | ||||||||||
Swafoto Foto | Ambil swafoto menggunakan kamera menghadap depan. | ||||||||||
Video | Rakam video menggunakan kamera belakang. | ||||||||||
Swafoto Video | Rakam swafoto video menggunakan kamera menghadap depan. | ||||||||||
Petua: Ringkaskan Kamera dengan mengaktifkan hanya satu mod kamera (seperti Foto atau swafoto Video). Kamera dibuka terus ke mod tersebut apabila app dibuka.
Untuk membenarkan orang yang menggunakan Akses Bantu melihat foto dan video yang ditangkap dalam Akses Bantu, tambahkan app Foto. Lihat Sediakan dan gunakan Foto dengan Akses Bantu.
Ambil foto atau video
Masuk Akses Bantu jika ia tidak aktif, kemudian pergi ke app Kamera
.Jika lebih daripada satu mod kamera tersedia, ketik mod yang anda mahu gunakan (Foto, Swafoto Foto, Video atau Swafoto Video).
Ketik Ambil Foto atau Ambil Video.
Ketik Henti untuk menamatkan merakam video atau swafoto video.
Pada sebarang skrin dalam Akses Bantu, orang yang menggunakan Akses Bantu sentiasa boleh mengetik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya.