Cipta acara dalam Jemputan Apple
Dengan Jemputan Apple, anda boleh mencipta acara dan menjemput tetamu. Anda boleh menyesuaikan acara dengan imej latar belakang, perihalan, album foto dan senarai main dikongsi, serta banyak lagi.
Untuk mencipta acara, anda mesti mempunyai langganan iCloud+. Tetamu anda tidak memerlukan iCloud+ atau Akaun Apple—sesiapa sahaja boleh menyertai acara. Lihat Apakah iCloud+?
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau. Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh mencipta acara (umur berbeza mengikut negara atau rantau).
Cipta acara dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik
di penjuru kanan atas.
Tambahkan mana-mana butiran berikut:
Imej latar belakang: Ketik Tambah Latar Belakang, kemudian pilih Foto (untuk memilih foto daripada pustaka anda) atau Kamera (untuk mengambil foto baharu). Anda juga boleh memilih daripada koleksi latar belakang emoji, fotografi dan warna.
Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh mengetik
dan menggunakan Image Playground untuk mencipta imej unik bagi latar belakang acara anda. Lihat Cipta imej asal dengan Image Playground pada iPhone.
Selepas anda menambahkan imej latar belakang, ketik Edit Latar Belakang untuk melaraskan, menukar atau mengeluarkannya.
Tajuk: Ketik Tajuk Acara, pilih gaya fon, masukkan nama untuk acara anda, kemudian ketik Return.
Tarikh dan masa: Ketik Tarikh dan Masa, kemudian pilih pilihan untuk acara anda. Anda juga boleh memilih zon waktu, sama ada acara mempunyai masa tamat atau sama ada ia acara sepanjang hari.
Lokasi: Ketik Lokasi, kemudian cari lokasi atau ketik lokasi yang dicadangkan. Secara pilihan, anda boleh memasukkan nama untuk lokasi, seperti “Rumah Danny”.
Apabila anda mengesetkan lokasi, maklumat Peta ditambahkan ke jemputan secara automatik. Jika anda turut mengesetkan tarikh, ramalan cuaca untuk tarikh tersebut ditambahkan.
Butiran acara: Ketik Tambah Perihalan, kemudian masukkan perihalan untuk acara. Anda juga boleh menukar nama penganjur.
Album dikongsi: Ketik Cipta Album, masukkan nama, kemudian ketik
.
Jika anda tidak melihat Cipta Album, anda mungkin perlu membenarkan akses ke pustaka foto anda. Ketik Seting, ketik Foto, kemudian pilih pilihan. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Pautan: Ketik Tambah Pautan, kemudian masukkan alamat web. Anda juga boleh memasukkan tajuk dan perihalan.
Senarai main dikongsi: Ketik Tambah Senarai Main, pilih senarai main daripada pustaka anda atau gunakan medan carian untuk mencari senarai main awam, kemudian pilih sama ada ia kolaboratif atau tidak. Atau ketik Senarai Main Baharu, masukkan nama, kemudian ketik
.
Jika anda tidak melihat Tambah Senarai Main, anda mungkin perlu membenarkan akses ke Apple Music. Ketik Seting, kemudian aktifkan Media & Apple Music. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Nota: Untuk menambah senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music. Untuk menjadikan senarai main kolaboratif, anda memerlukan profil Apple Music dan Penyelarasan Pustaka mesti diaktifkan (pergi ke app Seting
, ketik App, ketik Muzik, kemudian aktifkan Penyelarasan Pustaka). Tetamu boleh menyumbang jika mereka mempunyai langganan Apple Music dan jika kolaborasi diaktifkan untuk senarai main itu dalam Apple Music. Lihat Bekerjasama pada Senarai Main dalam Muzik pada iPhone.
Ketik Pratonton, semak bahawa semuanya seperti dijangka, kemudian ketik Seterusnya.
Petua: Sebaliknya, jika anda mahu menyimpan acara sebagai draf, ketik
di penjuru kiri atas, kemudian ketik Simpan Acara.
Untuk melaraskan seting acara, ketik
.
Jemput tetamu ke acara anda, kemudian ketik
.
Cipta acara di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).
Pilih Acara Baharu di penjuru kanan atas.
Tambahkan mana-mana butiran berikut:
Imej latar belakang: Pilih
untuk menambah foto daripada Foto iCloud atau pilih
untuk memuat naik foto daripada peranti anda.
Tajuk: Pilih Nama Acara, pilih gaya fon, kemudian masukkan nama untuk acara anda.
Tarikh dan masa: Pilih Tarikh dan Masa, kemudian pilih pilihan untuk acara anda. Anda juga boleh memilih sama ada ia acara sepanjang hari atau mempunyai masa tamat.
Lokasi: Pilih Lokasi, masukkan alamat, kemudian pilih pilihan daripada menu timbul.
Apabila anda mengesetkan lokasi, arah Peta ditambahkan ke jemputan secara automatik. Jika anda turut mengesetkan tarikh, ramalan cuaca untuk tarikh tersebut ditambahkan.
Butiran acara: Dalam jubin Penganjur, masukkan perihalan acara dalam medan teks.
Album dikongsi: Pilih Cipta Album, masukkan nama, kemudian pilih Cipta. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Pautan: Pilih Tambah Pautan, kemudian masukkan alamat web. Anda juga boleh memasukkan tajuk dan perihalan.
Senarai main dikongsi: Pilih Tambah Senarai Main, kemudian daftar masuk ke akaun Apple Music anda (jika anda belum melakukannya). Pilih senarai main sedia ada, cari senarai main awam atau masukkan nama untuk senarai main baharu, kemudian tekan atau ketik Return. Untuk menambahkan item, lihat Tambahkan item ke album foto atau senarai main dikongsi.
Nota: Untuk menambah senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music. Untuk menjadikan senarai main kolaboratif, anda memerlukan profil Apple Music dan Penyelarasan Pustaka mesti diaktifkan (pergi ke app Apple Music
, pilih Muzik dalam bar menu, pilih Seting, pilih Umum, kemudian aktifkan Penyelarasan Pustaka). Tetamu boleh menyumbang jika mereka mempunyai langganan Apple Music dan jika kolaborasi diaktifkan untuk senarai main itu dalam Apple Music. Lihat Bekerjasama pada Senarai Main dalam Muzik pada Mac.
Untuk melaraskan seting acara, pilih
.
Pilih Pratonton, semak bahawa semuanya seperti dijangka, kemudian pilih Seterusnya.
Petua: Jika anda mahu menyimpan acara sebagai draf, pilih Laman Utama atau
di penjuru kiri atas.
Jemput tetamu ke acara anda, kemudian pilih .
Tiada had bilangan acara yang anda boleh anjurkan. Selepas anda mencipta acara, anda boleh mengeditnya.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.