Tukar seting acara dalam Jemputan Apple
Selepas anda mencipta acara dalam Jemputan Apple, anda boleh menukar seting acara untuk menjedakan balasan, membenarkan tetamu membawa teman dan banyak lagi.
Nota: Jika anda bukan penganjur, anda hanya boleh meninggalkan acara dalam Seting Acara.
Tukar seting acara dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara.
Ketik
, ketik Seting Acara, kemudian tukar mana-mana pilihan.
Tukar seting acara di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih acara.
Pilih
, kemudian tukar mana-mana pilihan.
Senarai seting acara
Seting | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tetamu Tambahan | Setkan jumlah orang tambahan yang setiap tetamu boleh bawa. | ||||||||||
Luluskan Tetamu | Luluskan tetamu sebelum mereka boleh menyertai acara. Lihat Luluskan atau tolak permintaan RSVP. Pilihan ini hanya tersedia dalam Seting Acara dalam app Jemputan Apple. Untuk mengaktifkan Luluskan Tetamu di iCloud.com, pilih Urus Tetamu. | ||||||||||
Keluarkan Pratonton Latar Belakang atau Tunjukkan Imej Latar Belakang | Hanya tunjukkan imej latar belakang kepada tetamu selepas mereka membuka jemputan dengan alamat e‑mel disahkan atau daripada pautan peribadi.
| ||||||||||
Perihalan Imej Latar Belakang | Berikan perihalan imej latar belakang untuk menjadikannya boleh diakses oleh orang yang menggunakan pembaca skrin. | ||||||||||
Duplikasi Acara | Cipta acara baharu menggunakan maklumat yang sama. Tetamu tidak dipindahkan ke acara baharu. Pilihan ini hanya tersedia dalam app Jemputan Apple. | ||||||||||
Batal Acara atau Aktifkan Semula Acara | Batalkan acara untuk menandakannya sebagai tidak aktif. Anda juga boleh mengaktifkan semula acara yang anda batalkan. Lihat Batalkan atau padamkan acara untuk mendapatkan butiran lanjut. | ||||||||||
Jeda Balasan | Halang lebih ramai orang daripada membalas jemputan. | ||||||||||
Padam Acara | Padamkan acara untuk mengeluarkannya secara kekal daripada Jemputan Apple. Lihat Batalkan atau padamkan acara untuk mendapatkan butiran lanjut. |
Anda juga boleh menukar cara dan masa anda dimaklumkan tentang perubahan acara.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.