Tukar seting pemberitahuan dalam Jemputan Apple
Dalam Jemputan Apple, anda boleh memilih sama ada anda dimaklumkan tentang perubahan untuk acara yang anda anjurkan atau hadiri.
Tukar seting pemberitahuan dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik foto Akaun Apple anda atau
di penjuru kanan atas.
Ketik Pemberitahuan Push atau Kemas Kini E-mel, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan pilihan.
Tukar seting pemberitahuan di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).
Pilih
.
Di bawah Pemberitahuan E-mel, aktifkan atau nyahaktifkan pilihan.
Selaraskan acara Jemputan Apple ke app Kalendar
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik foto Akaun Apple anda atau
di penjuru kanan atas.
Ketik Selaraskan Kalendar.
Aktifkan Selaraskan Semua Acara.
Jika anda mempunyai berbilang kalendar, pilih kalendar yang anda mahu menyelaraskan acara.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.