Edit acara dalam Jemputan Apple
Selepas anda mencipta acara dalam Jemputan Apple, anda boleh membuat perubahan kepada sebarang butiran.
Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.
Edit acara dalam app
Pergi ke app Jemputan Apple
pada iPhone anda.
Ketik acara yang anda mahu edit.
Jika acara diterbitkan, ketik
, kemudian ketik Edit.
Ketik butiran acara, kemudian buat sebarang perubahan.
Petua: Jika anda mahu mengeluarkan album atau senarai main dikongsi, sentuh dan tahan jubin, kemudian ketik Keluarkan.
Apabila anda sudah selesai, ketik Selesai. (Atau ketik Batal untuk membuang perubahan.)
Edit acara di iCloud.com
Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih acara, kemudian pilih Edit atau
.
Pilih butiran acara, kemudian buat sebarang perubahan.
Petua: Jika anda mahu mengeluarkan album atau senarai main dikongsi, pilih
di penjuru kiri bawah jubin, kemudian pilih Keluarkan.
Apabila anda selesai, pilih Terbit. (Atau untuk membuang perubahan, pilih Laman Utama atau
, kemudian pilih Buang Perubahan Yang Tidak Disimpan.)
Anda juga boleh menduplikasi acara dahulu, jika anda mahu menggunakan kebanyakan maklumat yang sama untuk acara baharu. Lihat Tukar seting acara.
Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.